Saturday, 7 January 2017

Berita Mengejutkan Dari Pulau Pinang

Berita Mengejutkan Dari Pulau Pinang. Jemaah India Muslim menunjuk perasaan di Lebuh Leith hari ini membantah penubuhan sebuah hotel bersebelahan Masjid Benggali, bimbang ia akan menjadi sarang maksiat.

Pengerusi kariah Masjid Benggali, Prof Mohd Omar Ab Kadir berkata pengubahan bangunan terbiar 5 tingkat itu kepada sebuah hotel mungkin juga dilakukan secara tidak sah.

Berita Mengejutkan Dari Pulau Pinang.  “Hotel 140 bilik memerlukan 140 tempat parking, 2 hentian bas dan 2 laluan keluar masuk.

“Bangunan sedia ada, yang tidak lagi digunakan sejak 1993, dipercayai ditinggalkan kerana pemilik tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan. Dipercayai bangunan itu pada asalnya dibina untuk dijadikan pejabat.

“Sekarang ini pun kita dapat ramai transgender dan orang asing menjalankan kegiatan tidak bermoral selepas 10.00 malam di depan atau di sebelah masjid. Ini mencemar kesucian rumah ibadat kami,” katanya kepada pemberita seusai solat Jumaat tadi.

Berita Mengejutkan Dari Pulau Pinang


“Kami sudah bosan dengan maksiat dekat masjid!”

Sebelum itu, kira-kira 500 orang berhimpun di luar masjid, membantah pengubahan bangunan itu.

Mereka membawa plakad mengecam rancangan itu sambil melaungkan: “Jangan tindas kami”.

Sementara itu, Omar, yang mengajar di Pusat Pengajian Teknologi Industri di Universiti Sains Malaysia, berkata rancangan itu tidak dirancang dengan baik.

Beliau berkata laluan sempit di kawasan itu tidak sesuai untuk sebuah hotel baharu dana akan menyebabkan berlakunya kesesakan lalu lintas.

Berita Mengejutkan Dari Pulau Pinang


“Jalan sangat sesak pada hujung minggu, begitu juga semasa solat Jumaat.”

Omar menyeru pihak berkuasa tempatan supaya menarik balik kelulusan pengubahan itu dengan segera, memandangkan kesan negatif keberadaannya ke atas kawasan itu.

Berita Mengejutkan Dari Pulau Pinang. Jurucakap Majlis Perbandaran Pulau Pinang berkata rungutan kariah sedang dipertimbangkan dan akan memberikan kenyataan balas dalam masa terdekat. - fmt


Iklan
Image
Image
Image
Image
Image



No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...