Monday, 30 January 2017

Banjir Di Pahang Semakin Buruk

Banjir Di Pahang Semakin Buruk. Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan di Pahang kembali meningkat kepada 5,595 orang daripada 1,503 keluarga berbanding 5,460 orang daripada 1,454 keluarga malam tadi.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang Zainal Yusoff berkata daerah Temerloh masih mencatatkan jumlah mangsa paling ramai iaitu 2,202 orang daripada 556 keluarga.

Banjir Di Pahang Semakin Buruk. Ini diikuti Pekan dengan 1,108 mangsa daripada 292 keluarga, Maran 928 orang (270 keluarga), Bera 782 orang (184 keluarga), Jerantut 403 orang (156 keluarga), Lipis 90 orang (24 keluarga) dan Rompin 82 orang (21 keluarga).

Banjir Di Pahang Semakin Buruk


“Sebanyak 80 pusat pemindahan sementara masih dibuka iaitu 25 di Temerloh, Maran (18), Pekan (17), Bera (14) manakala Jerantut, Lipis dan Rompin masing-masing dua pusat pemindahan” katanya. - fmt


Iklan
Image
Image
Image
Image
Image




1 comment:

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...