Thursday, 26 January 2017

Banjir Di Pahang Semakin Buruk

Banjir Di Pahang Semakin Buruk. Situasi banjir di Pahang dilaporkan semakin buruk dan jumlah mangsa naik mendadak daripada 3,501 orang pada jam 5.00 petang kepada 5,207 orang 8.00 malam tadi.

Angkatan Pertahanan Awam Pahang melaporkan sejumlah 85 pusat pemindahan sementara beroperasi malam ini berbanding 71 sebelum ini.

Banjir Di Pahang Semakin Buruk. “Maran mencatatkan jumlah mangsa paling banyak dengan 1,156 orang daripada 290 keluarga diikuti Kuantan (909 orang daripada 249 keluarga), Lipis (865 orang daripada 234 keluarga).

“Rompin (632 orang daripada 169 keluarga), Pekan (608 orang daripada 141 keluarga), Jerantut (561 orang daripada 133 keluarga) dan Raub (476 orang daripada 139 keluarga),” kata Pengarah APM Pahang, Zainal Yusoff lapor Bernama.

Sementara itu situasi banjir di Terengganu bertambah baik manakala jumlah mangsa banjir di Kelantan mencatatkan penurunan.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu melaporkan banjir di Terengganu surut sejak Isnin dan hanya 1 pusat pemindahan yang baru dibuka hari ini.

Banjir Di Pahang Semakin Buruk


Timbalan Pengarah Khairul Ariffin Che Ramli berkata pusat pemindahan baru dibuka itu terletak di Kampung Syukor, Dungun disebabkan hujan lebat di hulu daerah Dungun.

“Saya dimaklumkan kalau cuaca baik mungkin akan tutup juga,” katanya kepada FMT.

Di Kelantan, 266 orang melibatkan 69 keluarga ditempatkan di 6 pusat pemindahan di jajahan Jeli, Gua Musang, Kuala Krai dan Pasir Puteh berbanding 584 orang petang tadi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan sekarang ini akan memberi tumpuan kepada kawasan Kuala Krai, Tanah Merah dan Kota Bharu esok.

“Kalau air naik di Kuala Krai, kebiasaannya akan turun sampai ke Kota Bharu,” kata Penolong Pengarah (Operasi) Hussin Ab Rahman.

“Kita harap tak ada air pasang di laut. Kalau tak ada air pasang, air akan terus pergi ke laut,” katanya kepada FMT.

Banjir Di Pahang Semakin Buruk


Sementara itu, jumlah mangsa banjir di Perak meningkat kepada 568 orang daripada 176 keluarga setakat 9 malam tadi, berbanding 525 orang daripada 165 keluarga petang tadi.

Inforbanjir Jabatan Kebajikan Masyarakat melaporkan 8 pusat pemindahan dibuka di daerah Kinta, Larut Matang dan Selama, Manjung, Hilir Perak dan Perak Tengah.

Manjung masih mencatatkan jumlah mangsa paling ramai iaitu 382 orang.

Di Negeri Sembilan, jumlah mangsa banjir merekodkan peningkatan kepada 150 orang di 2 pusat pemindahan iaitu di Gemas dan Jempol, berbanding 114 orang petang tadi.

Banjir Di Pahang Semakin Buruk.  Manakala jumlah mangsa di Johor kekal pada 8,009 orang di 71 pusat pemindahan di daerah Segamat, Kota Tinggi, Kluang, Muar dan Tangkak. - fmt




Iklan
Image
Image
Image
Image
Image




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...