Sunday, 8 January 2017

Anwar Ibrahim Belasah Siapa Pulak Ni?

Anwar Ibrahim Belasah Siapa Pulak Ni? Kenyataan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr. Mohd Irwan Serigar Abdullah mengenai ekonomi negara yang kukuh adalah suatu pendustaan berbanding keadaan sebenar yang mendepani berjuta rakyat Malaysia.

Bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, rakyat negara ini menerima kesan akibat kejatuhan ringgit dan kenaikan harga makanan dan komoditi ekoran pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Anwar Ibrahim Belasah Siapa Pulak Ni? "Di sebalik semua ini, pegawai atasan kerajaan mengatakan semuanya adalah teratur dan diuruskan dengan baik," ujar Anwar dalam kenyataan.

Baru-baru ini, Mohd Irwan Serigar berkata, ekonomi negara di bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak adalah kukuh.

Menurut beliau, pada sidang akhbar di Putrajaya, setiap kali beliau ke restoran dan pasar raya, rakyat sibuk membeli-belah dan melancong.

Sebaliknya, bagi Mohd Irwan Serigar, kemerosotan ekonomi dan nilai ringgit berlaku disebabkan oleh tanggapan yang dicipta oleh sesetengah pihak yang mesti diperbetulkan.


Anwar Ibrahim Belasah Siapa Pulak Ni?


Kata beliau yang juga pengerusi 1MDB, isu seperti skandal firma pelaburan negara itu dan dakwaan pentadbiran Najib, punca kemerosotan mata wang negara hanya semata-mata tanggapan.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, sepanjang dekad yang lalu, kerajaan BN terus membuat penafian fakta yang sebenar.

"Malaysia tidak boleh berharap untuk selesaikan isu-isu ini apabila para pemimpin dan birokrat atasan tidak menangani isu-isu ekonomi yang tertangguh.

"Isu-isu tersebut diburukkan lagi dengan tadbir urus BN yang terpalit dengan pembaziran dan rasuah. Isu 1MDB menonjol di seluruh dunia, dengan secara drastik menjejaskan pemulihan ekonomi kita," tambahnya.

Anwar Ibrahim Belasah Siapa Pulak Ni? Justeru, kerajaan perlu berhenti memberi jaminan kosong mengenai ekonomi dan mengambil tindakan segera untuk memulihkan kehidupan dan harapan rakyat, ujar beliau lagi. - mk



Iklan
Image
Image
Image
Image
Image



No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...