Thursday, 12 January 2017

Anuar Musa Jawab Tuduhan TMJ

Anuar Musa Jawab Tuduhan TMJ. Kemelut antara Tan Sri Annuar Musa dengan Tunku Mahkota Johor berlarutan dan kali ini berkaitan kritikan pedas Tunku Ismail Ibrahim berhubung penyaluran wang Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) kepada pasukan bola sepak Kelantan.

Tersentap dengan dakwaan TMJ, Annuar yang juga bekas presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) tampil menafikan tuduhan kononnya beliau menggunakan wang Pelaburan Mara Bhd (PMB) dan UniKL untuk menaja pasukan The Red Warriors (TRW).

Anuar Musa Jawab Tuduhan TMJ.  “Ada pula yang kata saya pakai duit Mara, duit biasiswa Mara untuk taja TRW. Saya rasa tak rugi kalau kita belajar menyelidik sikit supaya kita kelihatan ada daya ‘intellectual’ dan ada ‘substance’ daripada pungut saja semua ‘hear say’.

“Untuk makluman semua, Mara tidak pernah menaja TRW, walau satu sen, logo Mara 50th dipamerkan di lengan jersi TRW 2016 diberi percuma kepada Mara, walaupun ruangan itu bernilai RM250,000.

“UniKL sebuah syarikat swasta tidak pernah menaja atau memberi biasiswa kepada pelajarnya, jadi tidak timbul ia menggunakan dana biasiswa atau tajaan,” kata Annuar.

Anuar Musa Jawab Tuduhan TMJ


Pengerusi Mara itu dalam kenyataan di Facebook hari ini berkata penjelasan itu tidak merujuk kepada individu tertentu saja, sebaliknya bersifat umum.

“Jangan samakan TRW dengan pasukan lain, TRW ada cara kami sendiri, kami tidak ‘pau’ duit tajaan menggunakan paksaan, ugutan, penyelewengan, titah perintah. TRW mempunyai pakej komersial sendiri,” katanya.

Annuar berkata beliau memberikan fakta itu kepada semua termasuk rakan media supaya mereka boleh menyemak laporan masing-masing.

“Saya tidak berminat untuk terjebak dalam polemik dengan mana-mana individu secara ‘direct’ atau ‘tit for tat’ kerana mereka itu kawan, kawan belaka.

Anuar Musa Jawab Tuduhan TMJ


“Sebagai kawan kita dah kenal sesama kita, kalau kawan silap kita tak usah panjang-panjang, kita maafkan sajalah.

“Jadi kawan media, teruskan membuat catatan dan awas jangan tersalah ‘pendrive’ anda,” katanya dalam nada berkias.

Terdahulu hari ini, TMJ turut mendedahkan beberapa dokumen berkaitan penyaluran wang tajaan Mara dan UniKL kepada pasukan Kelantan.

Anuar Musa Jawab Tuduhan TMJ.  TMJ menggesa Annuar menjelaskan ke mana hala tuju pelaburan Mara dan UniKL yang merupakan wang rakyat. - fmt


Iklan
Image
Image
Image
Image
Image



No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...