Wednesday, 28 December 2016

Tawaran Baru Pakatan Harapan Buat PAS

Tawaran Baru Pakatan Harapan Buat PAS. Pakatan Harapan bercadang membenarkan Pas “mengetuai” pembangkang di Kelantan dan Terengganu dalam pilihan raya akan datang,"kata Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Abdul Samad.

“Jika Pas mahu turut serta, sudah tentu kami akan benarkan mereka ‘mendahului’ di Kelantan dan Terengganu.

Tawaran Baru Pakatan Harapan Buat PAS. “Walaupun kami akan bertanding di beberapa kerusi di Kelantan, tetapi kami akan pastikan Pas mengetuai di Kelantan dan Terengganu.

“Penting untuk kami duduk berbincang bagi memastikan setiap parti mempunyai negeri pangkalan,” katanya pada sidang media seperti dilapor FMT hari ini.

Katanya, strategi memastikan setiap parti mempunyai negeri pangkalan itu akan memudahkan rundingan pembahagian kerusi di kalangan parti pembangkang.

Tawaran Baru Pakatan Harapan Buat PAS


Dalam pada itu, Khalid berkata, Amanah menyasarkan untuk bertanding 40 kerusi Parlimen pada PRU14.

“Bagi Amanah, kami sudah kenal pasti 40 kerusi berpotensi yang kami berminat turunkan calon. Kerusi itu kami rasa ada harapan dan peluang untuk menang.

Tawaran Baru Pakatan Harapan Buat PAS


“Tetapi, kami akan berbincang mengenainya pada mesyuarat akan datang dengan Pakatan Harapan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) pada awal Januari,” kata Ahli Parlimen Shah Alam ini. - md


Iklan
Image
Image
Image
Image
Image




1 comment:

  1. X yah... Pas nk tersungkur di mana2 kerusi pun.. Jgn gementar pas akn menang walau di Kelantan sekali pon

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...