Thursday, 22 December 2016

Skandal 1MDB Terbarai Lagi

Skandal 1MDB Terbarai Lagi. Mahkamah Singapura pada Jumaat menjatuhkan hukuman penjara kepada bekas pegawai bank BSI yang terlibat dengan skandal melibatkan syarikat pelaburan negara 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Yvonne Seah, 45, dijatuhi hukuman 2 minggu penjara dan denda S$10,000 selepas mengaku bersalah terhadap 3 tuduhan termasuk pemalsuan dan kegagalan mendedahkan transaksi mencurigakan yang melibatkan ahli perniagaan Malaysia, Low Taek Jho.

Skandal 1MDB Terbarai Lagi.  Pihak berkuasa Singapura mengatakan Low, juga dikenali sebagai Jho Low, sebagai individu utama dalam siasatan pengubahan wang haram.

Seah bekerja dengan Yak Yew Chee, naib presiden kanan BSI Singapura, yang merupakan pegawai bank persendirian bagi Low dan 1MDB.

Yak dijatuhi hukuman penjara 18 minggu pada November atas tuduhan yang sama.

Skandal 1MDB Terbarai Lagi


Diasaskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang menjadi pengerusi lembaga penasihat, 1MDB menjadi subjek siasatan pengubahan wang haram di sekurang-kurangnya 6 negara, termasuk Switzerland, Singapura dan Amerika Syarikat.

Najib menafikan sebarang salah laku dan berkata Malaysia akan bekerjasama dengan siasatan antarabangsa.

Skandal 1MDB Terbarai Lagi


Singapura tahun ini menutup BSI dan Bank Falcon Private susulan tindakan keras terbesar terhadap pengubahan wang haram yang didakwa berhubung dengan 1MDB.

Skandal 1MDB Terbarai Lagi.  Pada Mei, bank pusat Singapura menyerahkan 6 anggota pengurusan kanan BSI dan kakitangan kepada pendakwa raya untuk memeriksa jika mereka melakukan kesalahan jenayah berikutan siasatan pengubahan wang haram itu. - fmt


Iklan
Image
Image
Image
Image
Image




1 comment:

  1. Pengundi bn percaya manusia je
    Pengundi pribumi dan harapan percaya allah
    Insyallah

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...