Sunday, 4 December 2016

Skandal 1MDB: Singapura Buat Kejutan Lagi

Skandal 1MDB: Singapura Buat Kejutan Lagi. Pihak Berkuasa Kewangan Singapura bercadang melarang bekas pengerusi Asia Tenggara Kumpulan Goldman Sachs terbabit dalam industri sekuriti selama 10 tahun, ekoran pelanggaran berkaitan pempelbagaian haram wang berbilion dolar dariada dana 1MDB.

The Straits Times melaporkan Tim Leissner, 45, didapati mengeluarkan surat rujukan tidak dibenarkan kepada sebuah institusi kewangan di Luxembourg, pada Jun 2015, menyatakan Goldman Sachs sudah melakukan usaha wajar terhadap pembiaya Malaysia, Low Taek Jho dan keluarganya, serta tidak mengesan sebarang aktiviti pengubahan wang haram.

Skandal 1MDB: Singapura Buat Kejutan Lagi. Low yang lebih dikenali sebagai Jho Low sudah dikenal pasti sebagai orang berkepentingan dalam siasatan berkaitan 1MDB.

Apabila skandal 1MDB berlaku pada 2015, kontroversi berkisar sama ada wang dalam dana itu digunakan seperti dirancang ke atas projek tempatan atau diseleweng.

Pendakwa Switzerland yang meminta bantuan Malaysia untuk menyiasat 1MDB berkata, mereka mengesyaki AS$4 bilion mungkin disalahgunakan.

Goldman Sachs mengkaji semula perjanjian jualan bon itu dan menemui surat rujukan yang ditulis Leissner. Beliau kemudiannya diberikan cuti sebelum meletak jawatan pada Februari lalu.

Skandal 1MDB: Singapura Buat Kejutan Lagi


Menurut laporan Bloomberg, Leissner kemudian berpindah ke Los Angeles bersama keluarganya, di mana beliau memiliki sebuah rumah berkeluasan 9,405 kaki persegi yang dilengkapi 7 bilik tidur, gimnasium, gelanggang tenis dan sebuah rumah tetamu.

Leissner disepina penyiasat Amerika Syarikat pada Februari lalu berhubung 1MDB.

The Straits Times melaporkan Pihak Berkuasa Kewangan Singapura akan menyerahkan notis untuk mengeluarkan perintah larangan terhadap Leissner.

Skandal 1MDB: Singapura Buat Kejutan Lagi


Mengikut perintah larangan itu, Leissner dilarang menyertai secara langsung atau tidak langsung, serta tidak boleh melakukan sebarang aktiviti yang dikawal selia di bawah Akta Masa Depan Sekuriti selama 10 tahun, dalam pengurusan mana-mana firma perkhidmatan pasaran modal di Singapura.

Skandal 1MDB: Singapura Buat Kejutan Lagi. Peguam Leissner dalam satu kenyataan memaklumkan tiada perintah larangan atau sekatan dikeluarkan Pihak Berkuasa Kewangan Singapura atau mana-mana agensi kawal selia lain. - mk



Iklan
Image
Image
Image
Image
Image




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...