Wednesday, 28 December 2016

Ringgit Jatuh Lagi..

Ringgit Jatuh Lagi. Ringgit dibuka rendah sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), hari ini, berikutan harga minyak mentah yang lebih lemah pada awal dagangan, kata peniaga.

Pada jam 9 pagi, unit tempatan susut kepada 4.4780/4820 berbanding dolar AS daripada penutup Isnin 4.4760/4810.

Seorang peniaga berkata, penanda aras harga minyak mentah Brent mempunyai trajektori menurun sedikit pada AS$55.93 setong, manakala West Texas Intermediate (WTI) AS lebih rendah pada AS$53.76 setong.

Ringgit Jatuh Lagi. Dalam keadaan semasa harga minyak mentah, RHB Research dalam nota penyelidikan menggesa peniaga untuk mengekalkan kedudukan untuk jangka agak panjang berikutan kekuatan pasaran kekal menggalakkan.

Ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama lain.

Ringgit Jatuh Lagi


Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0904/0949 daripada 3.0895/0946 pada penutupan Isnin, mengukuh berbanding yen kepada 3.8062/8112 daripada 3.8168/8214 dan menurun berbanding pound British kepada 5.5017/5079 daripada 5.4921/4995.

Ringgit Jatuh Lagi. Bagaimanapun, unit tempatan meningkat berbanding euro kepada 4.6853/6900 daripada 4.6770/6831. - mk



Iklan
Image
Image
Image
Image
Image




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...