Saturday, 3 December 2016

Punca Sebenar Orang Asli Di Tahan Didedahkan

Punca Sebenar Orang Asli Di Tahan Didedahkan. Operasi Penguatkuasaan Bersepadu untuk merobohkan sekatan pembalakan di beberapa tempat di Hutan Simpan Kekal (HSK) Balah, Perias dan Gunung Stong adalah berlandaskan undang-undang.

Pengarah Jabatan Perhutanan Kelantan Zahari Ibrahim berkata tindakan Orang Asli membina pondok dan sekatan itu adalah kesalahan yang jelas di bawah Seksyen 32, Enakmen Perhutanan Negara (Pemakaian) Negeri Kelantan 1984 kerana menduduki dan memasuki kawasan hutan simpan tanpa kebenaran.

Punca Sebenar Orang Asli Di Tahan Didedahkan. Beliau berkata selain itu, pegawai dan kakitangan Jabatan Perhutanan Kelantan dihalang memasuki kawasan yang terlibat dan seterusnya membantutkan tugas dan tanggungjawab agensi untuk melaksanakan program pemuliharaan, pengurusan, pemantauan dan penguatkuasaan hutan di kawasan berkenaan.

“(Sekatan juga telah) menghalang pengeluaran hasil hutan yang sah yang sepatutnya dikeluarkan dan beberapa kayu balak yang telah disimpan di Matau sebelum arahan pemberhentian operasi pembalakan bermula bulan Oktober.

“Keadaan sekatan ini menyebabkan kayu-kayu balak yang telah ditebang menghadapi pereputan nilai dan menyebabkan hasil yang sepatutnya telah berkurangan. (Mereka juga) menyalah guna kuasa dengan menghalang pekerja-pekerja lesen pengusaha hasilan yang mempunyai kebenaran sub-lesen memasuki kawasan terlibat,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Zahari berkata sebelum operasi tersebut dijalankan, Kerajaan Negeri mengambil beberapa pendekatan antaranya sesi penerangan dan penjelasan, mendengar segala tuntutan dan bantahan pihak Orang Asli yang terlibat dan mengadakan perbincangan bersama penghulu-penghulu mukim yang dilantik sejak sekatan pertama dilakukan komuniti itu pada 27 Mac lepas di Pos Gob.

Punca Sebenar Orang Asli Di Tahan Didedahkan


Zahari berkata bagaimanapun keadaan menjadi lebih menyedihkan apabila sekatan diperluaskan ke beberapa pintu baharu iaitu di kawasan Matau di Kompartmen 260, HSK Perias dan Kompartmen 27, HSK Gunung Stong Selatan.

“Dalam proses perundingan tuntutan ini, kerajaan negeri telah mengambil langkah drastik menangguhkan operasi pengusaha hasilan di sekitar kawasan yang terlibat bagi membolehkan kajian dan semakan terperinci dijalankan serta penambahbaikan dilaksanakan.

“Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob juga menyatakan Pos Gob seluas 973 hektar telah diluluskan sebagai tanah rizab Orang Asli tetapi sedang dalam proses pewartaan dan kawasan berkenaan telah ditanda dalam rekod pelan Jabatan Perhutanan Kelantan,” katanya.

Zahari berkata kawasan HSK yang diklasifikasikan sebagai Hutan Perlindungan seluas 15,000 hektar juga dibenarkan untuk dijadikan Kawasan Rayau Orang Asli sebagai tempat mencari keperluan makanan seharian, dan rundingan lanjut antara Orang Asli dan Kerajaan Negeri perlulah melalui Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA).


Punca Sebenar Orang Asli Di Tahan Didedahkan


Dalam pada itu, beliau turut melahirkan rasa kesal terhadap badan bukan kerajaan (NGO) yang mendakwa berlatar belakang pengamal undang-undang turut menyokong usaha sekatan pembalakan yang dibuat oleh Orang Asli sedangkan ia jelas bertentangan dengan undang-undang sedia ada.

Selasa lepas, seramai 47 Orang Asli yang membuat sekatan di Simpang Petei dan jalan masuk ke Pos Bihai ditahan polis selepas enggan berganjak dan tidak beredar dari kawasan sekatan ketika operasi dijalankan oleh Jabatan Perhutanan Kelantan.

Punca Sebenar Orang Asli Di Tahan Didedahkan. Operasi merobohkan sekatan laluan keluar balak itu terpaksa dilakukan selepas rundingan antara kerajaan negeri dan Orang Asli menemui jalan buntu, dipercayai disebabkan ada campur tangan pihak luar. - fmt



Iklan
Image
Image
Image
Image
Image




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...