Monday, 12 December 2016

PRU14 Terlalu Hampir.. Ini Buktinya

PRU14 Terlalu Hampir.. Ini Buktinya. Semua parti komponen Barisan Nasional (BN) diminta tangkas menangkis “peluru berpandu politik” yang dilancarkan pembangkang khususnya menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata semakin banyak fitnah dilemparkan bagaikan “peluru berpandu” yang ditembak dari dekat dan jauh terhadap kerajaan dan BN serta individu dalam kepimpinan BN.

PRU14 Terlalu Hampir.. Ini Buktinya. “Dalam keadaan demikian, kepimpinan dalam parti komponen BN, parti yang bersahabat dengan BN serta badan bukan kerajaan (NGO) haruslah menghadapi semua fitnah itu dan bukannya hanya berdiam diri,” katanya.

Zahid, yang juga naib presiden Umno menjalankan tugas timbalan presiden parti, berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan penutupan Perhimpunan Agung Parti Barisan Kemajuan India Se-Malaysia (IPF) Ke-24 di sini, hari ini.

Katanya keakraban dalam kalangan kepimpinan dan parti komponen BN mampu menangkis tembakan peluru politik.

Sebagai contoh, katanya, tohmahan kononnya kerajaan membawa masuk 700,000 pekerja asing ke negara untuk diberi taraf kewarganegaraan, adalah tidak benar. 

PRU14 Terlalu Hampir.. Ini Buktinya


“Sehubungan itu, kita perlu tolak apa yang dibalingkan mereka. Keakraban yang terjalin antara pemimpin adalah asas untuk menongkah tohmahan yang datang kepada kita.

“Saya yakin masyarakat tak mudah percaya tohmahan yang dilemparkan,” katanya.

Terdahulu, dalam ucapannya, Zahid menyeru semua pemimpin parti politik dan NGO yang mewakili masyarakat India supaya tampil berbincang dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan dirinya bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi mereka.

Beliau berkata walaupun pelbagai usaha dilakukan namun, banyak lagi yang perlu dilakukan termasuk tentang pendidikan dan sosioekonomi demi kesejahteraan masyarakat India di negara ini.

PRU14 Terlalu Hampir.. Ini Buktinya


“Perdana menteri ikhlas membantu masyarakat India mengatasi semua masalah ini. Saya juga komited untuk membantu beliau (berbuat demikian),” katanya.

Pada masa sama, Zahid meminta IPF supaya terus membantu BN mendapatkan sokongan masyarakat India dalam usaha membentuk sebuah kerajaan yang kukuh.- fmt




Iklan
Image
Image
Image
Image
Image




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...