Sunday, 11 December 2016

PKR Bidas Siapa Pulak Ni?

PKR Bidas Siapa Pulak Ni? PKR menasihati Pas agar mengkaji semula hasrat mereka untuk bertanding di kerusi Parlimen Permatang Pauh pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar berkata parti Islam itu sepatutnya menghalakan fokus mereka menentang Barisan Nasional (BN).

PKR Bidas Siapa Pulak Ni? “Saya rasa dia (Pas) patut fikirkan semula keputusan dan fokus berlawan dengan BN kerana pengundi akan keliru dengan tindakan mereka,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri majlis perasmian Konvensyen Amanah Nasional di Pusat Konvensyen Shah Alam hari ini.

Terdahulu, Pas Permatang Pauh mengumumkan untuk bertanding di kawasan Parlimen itu dan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) dalam kawasan itu pada PRU14 melibatkan 3 Dun iaitu Seberang Jaya, Penanti dan Permatang Pasir.

PKR Bidas Siapa Pulak Ni? 


Ketua Penerangan Pas Permatang Pauh Jamsari Samad berkata umum mengetahui kerusi untuk ketiga-tiga Dun dan Parlimen Permatang Pauh dimiliki Pas, namun atas semangat toleransi parti Islam Itu memberi keizinan kepada PKR untuk meletakkan calon.

Pendirian PAS itu susulan kenyataan Naib Presiden Amanah Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa yang berkata parti itu berminat untuk bertanding berikutan kerusi Dun Pengkalan Pasir yang dimiliki Pas.

PKR Bidas Siapa Pulak Ni? Kerusi Parlimen Permatang Pauh kini dipegang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dijatuhi hukuman penjara selama lima tahun. - md



Iklan
Image
Image
Image
Image
Image




2 comments:

  1. Pernah ke PAS menang kerusi2 tu hingga sanggup mengatakan kerusi2 tu mereka punya....berapa kali dah menangnya brbanding dgn penyandang yg ada sekarang ni...

    ReplyDelete
  2. Pas dah bersekongkol dgn bn pada prk kkangsar sg besar.....jadi ppbm dan harapan ..insyallah menang pru14..amin...

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...