Friday, 23 December 2016

Penjawat Awam Pasti Terkejut Dengan Pendedahan Ini?

Penjawat Awam Pasti Terkejut Dengan Pendedahan Ini? Kenaikan gaji kakitangan awam - antara pegawai atasan dan bawahan - menunjukkan kenaikan tidak seimbang, kata Naib Presiden PKR Rafizi Ramli.

Kata anggota parlimen Pandan itu pegawai atasan kerajaan yang berada pada gred tinggi mendapat kenaikan gaji sembilan peratus secara konsisten setiap tahun.

Penjawat Awam Pasti Terkejut Dengan Pendedahan Ini?  Bagaimanapun, katanya, kakitangan yang berada di bawah gred Jawatan Utama Kakitangan Awam (Jusa) C hanya menerima kenaikan tahunan antara 2.8 hingga 3 peratus.

Justeru, kata Rafizi, perlu ada langkah baru diambil oleh kerajaan supaya kenaikan gaji itu lebih adil untuk kakitangan awam berpangkat rendah.

Malah katanya peratusan kenaikan untuk mereka juga lebih rendah berbanding kadar cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang mula dilaksanakan di negara ini sejak 1 April lalu.

Penjawat Awam Pasti Terkejut Dengan Pendedahan Ini? 


"Di manakah kewajaran memberi kenaikan gaji yang lebih rendah daripada kadar GST untuk kakitangan biasa yang gaji pokok mereka memang sedia rendah, sedangkan ketua-ketua jabatan dan kementerian - yang gaji dan elaunnya besar - diberikan kenaikan mengikut peratusan sehingga sembilan peratus?" katanya.

Rafizi bercakap kepada media di pejabat INVOKE di Sungai Besi, Kuala Lumpur hari ini.

Menurut Rafizi, skim kenaikan gaji sepatutnya dilakukan secara songsang, dengan pegawai kanan atau atasan menerima peningkatan tetap, manakala peringkat lebih rendah daripada Jusa C berdasarkan peratusan gaji tahunan.

Penjawat Awam Pasti Terkejut Dengan Pendedahan Ini? 


"Pegawai atasan sudah mendapat gaji yang tinggi dan tidak perlu kenaikan besar pada setiap tahun," katanya. - mk


Iklan
Image
Image
Image
Image
Image




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...