Sunday, 25 December 2016

Pengangguran Bertambah Buruk Tahun Depan

Pengangguran Bertambah Buruk Tahun Depan. Pengangguran dijangka meningkat tahun depan kerana tindakan kerajaan membekukan jawatan baru, kelembapan sektor korporat dan industri pembinaan mengambil ekspatriat bagi pekerjaan bergaji tinggi.

Ahli Parlimen Serdang, Ong Kian Ming berkata, 2 tahun lalu kadar pengangguran di bawah 3% berbanding 3.5% sekarang.

Pengangguran Bertambah Buruk Tahun Depan. “Kadar pengangguran masih mungkin nampak rendah, tetapi walaupun kenaikan 0.5% dalam 14 juta tenaga kerja akan menyebabkan 70,000 rakyat Malaysia tiada kerja.”

Ong berkata jumlah rakyat Malaysia yang menganggur boleh menjadi lebih tinggi kerana golongan profesional beralihh arah ke bidang perniagaan selepas gagal mengekalkan pekerjaan mereka.

“Pengangguran pasti lebih tinggi.”

Beliau juga memberi amaran banyak sektor akan berhadapan kelembapan tahun depan.

“Ketidaktentuan dijangka kerana lebih ramai profesional mungkin kehilangan pekerjaan atau mendapati sukar mendapatkan pekerjaan.

“Mereka mungkin membuka gerai makanan untuk mendapatkan wang,” kata bekas pensyarah ekonomi dan polisi sains itu.

Pengangguran Bertambah Buruk Tahun Depan


Beliau berkata kerajaan yang merupakan majikan utama tetapi ia hanya menggantikan pekerja yang bersara daripada sektor awam. “Tidak akan ada jawatan baru”.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa berkata kerajaan akan meneruskan pengambilan penggantian 20,000 hingga 25,000 pekerja setiap tahun.

Dalam sektor pembinaan, mereka yang terlibat dalam pembangunan hartanah akan melihat perniagaan itu lebih perlahan kerana pasaran hartanah turut lembab.

Walaupun projek pembinaan mega seperti Bandar Utama ke Klang LRT3 sejauh 37km mungkin tidak memberi peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.


Ini kerana jawatan rendah akan diberikan kepada pekerja asing manakala yang bertaraf tinggi akan diisi ekspatriat, katanya.

Banyak pekerja dalam sektor perbankan juga akan diberhentikan kerana tindakan menggabungkan cawangan.

Ong meramalkan bilangan yang memulakan perniagaan sendiri akan meningkat selepas gagal mendapat pekerjaan.

“Akan ada pengangguran besar-besaran, sebagai contoh, seorang jurutera muda mungkin berakhir menjual kuih.

“Beliau dianggap bekerja tetapi tidak melakukan apa yang dilatih. Trend ini akan meningkat.”

Beliau berkata, orang seperti ini akan dianggap bekerja tetapi terpaksa hidup dengan pendapatan tidak tetap.

“Mereka perlu kemahiran baru untuk terus hidup.”

Pengangguran Bertambah Buruk Tahun Depan


Graduan baru juga perlu bersedia berhadapan kelembapan, tetapi mereka yang meningkatkan kemahiran pengetahuan dalam komputer boleh mendapatkan pekerjaan, katanya.

“Mereka yang mahu gaji lebih tinggi perlu mendapatkannya dengan kemahiran terbukti diperlukan pasaran. Mereka masih muda; ia lebih mudah bagi mereka untuk belajar kemahiran pengekodan atau pengaturcaraan komputer. ”

Beliau merujuk kepada kaji selidik JobStreet.com baru-baru ini yang menunjukkan graduan baru mahu dibayar sebanyak RM6,500 bagi pekerjaan pertama mereka.

Beliau berkata walaupun ia tidak realistik bagi mereka untuk mengharapkan bayaran sebegitu, mereka mungkin memperolehinya capai jika bersedia untuk mempelajari kemahiran komputer baru.

Ong berkata demikian sebagai mengulas laporan terbaru Kesatuan Pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang kemungkinan 4,000 pekerjanya hilang pekerjaan.

Kesatuan itu berkata, berdasarkan rekod, kerugian kargo KTMB berjumlah RM37.41 juta pada 2015.

Pengangguran Bertambah Buruk Tahun Depan.  Ahli Parlimen DAP berkata apabila harga minyak baik, kerajaan boleh menampung kerugian tetapi ia tidak dapat membantu apabila berdepan kekangan kewangan.

“Ini adalah mengapa pekerja KTM berasa terancam.” - fmt




Iklan
Image
Image
Image
Image
Image




1 comment:

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...