Wednesday, 14 December 2016

PAS Mengaku Tidak Maksum

PAS Mengaku Tidak Maksum. Naib Presiden PAS Idris Ahmad mengakui bahawa parti itu dan ahlinya tidak maksum dan tetap boleh dikritik sekiranya mereka melakukan kesilapan.

Beliau juga bersikap terbuka jika ada mana-mana pihak yang membenci parti berkenaan.

Bagaimanapun beliau mengingatkan, ia bukan bermakna parti serta anggotanya boleh difitnah dengan maklumat salah.

PAS Mengaku Tidak Maksum. “Kalau kita ragu atau tidak pasti (sesuatu) maklumat, tidak perlu viral kepada orang lain.

"Kalau pun benci dengan PAS jangan pula fitnah PAS. Kritiklah PAS dan pimpinan kalau kami salah, kerana kami bukan maksum,” kata Idris seperti dilaporkan Harakahdaily.

Idris berkata demikian merujuk mengenai dakwaan bahawa PAS ingin bergabung dengan Umno, serta isu parti itu menerima dana sebanyak RM90 juta.

PAS Mengaku Tidak Maksum


Selain itu, katanya, PAS didakwa tidak bersuara mengkritik isu 'derma' RM2.6 bilion diterima Datuk Seri Najib Razak serta skandal 1MDB dan saman Jabatan Kehakiman AS melibatkan perdana menteri itu.

Mengulas lanjut, anggota parlimen Bukit Gantang itu turut menasihati orang ramai supaya bertanya terlebih dahulu kepada pimpinan PAS sebelum mempercayai sebarang tulisan di media sosial.

Ia kerana, katanya, berita tidak benar seperti itu mungkin juga ditulis oleh "orang muslim, kafir, munafik, penulis upahan, pendendam, batu api, dan (aktivis perang) saraf musuh".

“Dari mana awak dapat maklumat mengatakan PAS hendak bergabung dengan Umno? Dari mana awak dapat maklumat PAS dapat RM90 juta? Dari mana awak dapat maklumat PAS tidak bersuara mengenai 1MDB, RM2.6 bilion, DOJ?

PAS Mengaku Tidak Maksum


“Jawapannya, daripada FB, WhatsApp, ceramah orang yang benci kepada PAS, portal, laman web.

“Saya tanya lagi, awak ada bertanya dengan pemimpin PAS? Awak baca Harakahdaily? Awak baca Harakah? Awak hadir usrah? Awak dengar kuliah di markas PAS? Awak dengar ceramah PAS? Jawapannya semuanya tidak,” katanya.- mk



Iklan
Image
Image
Image
Image
Image




1 comment:

  1. Tak kesah bang deris.. nak ckp apa.. berkenaan kata2 dlm media atau dlm blog2. Kami yg mengaku iman kami tak kuat tp nak mengkafirkan org nak melintaskan kat fikiran pun susah..
    Tp berjubah.. berserban..boleh ringan je kat lidah tu nak mengkafirkan org.. ada ke patut gitu..

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...