Friday, 9 December 2016

PAS Makin Terhimpit Di Kelantan?

PAS Makin Terhimpit Di Kelantan? Isu protes penduduk Orang Asli yang membantah pembalakan di kawasan kediaman mereka di Gua Musang tidak akan melunturkan sokongan penyokong tegar PAS kepada parti itu, kata penganalisis politik, Awang Azman Pawi.

Awang Azman bagaimanapun berkata itu tidak bermakna PAS tidak perlu memberikan penjelasan mengenai isu itu dan berhati-hati menangani bantahan terhadap kerajaan pimpinannya.


PAS Makin Terhimpit Di Kelantan? “Tanpa penjelasan mengenainya, PAS akan dilihat hanya berminat dengan cadangan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 dan tidak peduli apa yang berlaku di kubu kuatnya,” katanya kepada FMT.

Sejak beberapa bulan, penduduk Orang Asli di Gua Musang mengadakan bantahan terhadap pencerobohan hutan di kawasan tanah adat mereka.

Lebih 50 aktivis Orang Asli ditahan oleh pegawai penguatkuasa Jabatan Perhutanan dan polis yang bertindak atas arahan kerajaan negeri.

PAS Makin Terhimpit Di Kelantan?


Pimpinan PAS bagaimanapun mempertahankan tindakan itu dan menuduh orang luar menghasut penduduk setempat.

Awang Azman berpendapat PAS tidak berdepan kesulitan meyakinkan ahlinya mengenai pendirian kerajaan Kelantan menangani protes Orang Asli.

PAS Makin Terhimpit Di Kelantan? Bagaimanapun, beliau menasihatkan kerajaan Kelantan mengadakan dialog dengan pemimpin NGO dan Orang Asli bagi mencari jalan penyelesaian, walaupun ia tidak akan menggugat budaya taat setia ahli PAS kepada pemimpin mereka.  - fmt




Iklan
Image
Image
Image
Image
Image




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...