Thursday, 15 December 2016

PAS Makin Mengejutkan..

PAS Makin Mengejutkan. Pemuda PAS hari ini berkata kedudukan presiden mereka dalam Kesatuan Ulama Dunia boleh digunakan bagi menjadi orang tengah dan merundingkan penyelesaian konflik perang berpanjangan di Syria.

Timbalan Ketua Pemuda PAS Muhammad Khalil Abdul hadi berkata, mereka memang memandang serius dan penuh prihatian terhadap perkembangan sedang berlaku di Aleppo.

PAS Makin Mengejutkan. Katanya, di wilayah Aleppo pertempuran sengit antara tentera rejim kerajaan Presiden Bashar al-Assad yang disokong Russia dan Iran dan pemberontak baru saja berakhir.

Justeru kata Muhammad Khalil semua pihak yang terlibat perlu untuk tidak bertindak memburukkan lagi keadaan.

Pada masa sama, Pemuda PAS berasakan kedudukan Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai naib presiden Kesatuan Ulama Sedunia boleh dimanfaatkan bagi mencari jalan penyelesaian kepada konflik berkenaan.

"Dalam usaha mencari penyelesaian, PAS bersedia membantu menjadi orang tengah melalui kedudukan presiden PAS sebagai Naib Presiden Kesatuan Ulama Sedunia untuk membuka ruang kepada kerajaan Malaysia berunding dengan negara Islam lain bagi menyelesaikan isu Syria," katanya melalui kenyataan hari ini.

PAS Makin Mengejutkan


Aleppo adalah kubu utama kumpulan penentang Bashar yang bermula seawal Julai 2012 dan terlepas daripada kawalan Damsyik tidak lama kemudian.

Bagaimanapun tentera kerajaan terus melancarkan serangan sistematik sehingga akhirnya berjaya mengusir pemberontak dari bandar Aleppo baru-baru ini.

Berpunca dari Arab Spring

Kedatangan semula tentera kerajaan dilaporkan mencetus konflik kemanusiaan dan mengorbankan ramai orang awam.

Muhammad Khalil berkata Pemuda PAS menggesa semua pihak tidak memburukkan lagi keadaan dan mengambil segala langkah perlu bagi membolehkan bantuan kemanusiaan sampai kepada semua mangsa di Aleppo.

"Pemerintah pimpinan Presiden Bashar al-Assad wajib bertanggungjawab ke atas tindakan yang membawa kepada bencana kemanusiaan kini.

"Pemuda PAS menggesa proses politik dalaman yang demokratik dilaksanakan selepas keadaan kembali reda," katanya.

PAS Makin Mengejutkan


Kata Muhammad Khalil, apa yang berlaku di Aleppo adalah kesan daripada pakatan negara Arab dan Barat untuk menjatuhkan kerajaan yang sah melalui senjata.

Menurutnya, natijah buruk telah terzahir sejak lebih lima tahun lalu.

"PAS konsisten dengan sikap menolak kezaliman pemerintah, tetapi pada masa sama menolak campur tangan asing yang matlamatnya bertentangan dengan keperluan rakyat dan kepentingan umat Islam.
"Pemuda PAS menyeru negara Islam mengetepikan perbezaan politik dan mazhab untuk membantu memulihkan keadaan dan mencari penyelesaian akhir kepada konflik di Syria melalui jalan aman dan diplomasi," katanya.

Beliau yang anak Abdul Hadi berkata Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) wajar mengambil tanggungjawab membantu, menggunakan kuasa dan pengaruh demi kebaikan rakyat Syria.

PAS Makin Mengejutkan. "Kepentingan orang ramai dan umat Islam hendaklah menjadi keutamaan dalam menangani kes Syria, dan juga krisis dan konflik di seluruh dunia Arab yang berpunca daripada Arab Spring," katanya.


Iklan
Image
Image
Image
Image
Image




3 comments:

  1. aapaalah puunyaa naaive....

    ReplyDelete
  2. perasan.....konon, mesyurat kabinet pun ponteng

    ReplyDelete

  3. Buat statement mcm ni bukannya susah.
    Dlm parti sendiri pun tak boleh selesai.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...