Tuesday, 13 December 2016

PAS Diberi Tempoh Sehingga Tahun Depan

PAS Diberi Tempoh Sehingga Tahun Depan. Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) memberikan masa sehingga tahun depan untuk berunding dengan PAS yang sehingga kini masih belum bersetuju untuk membentuk pakatan pilihan raya dengan pembangkang, kata Presiden BERSATU Muhyiddin Yassin.

Tempoh itu diperlukan sebelum keputusan dibuat untuk menutup pintu terhadap parti Islam itu, kata Muhyiddin.

PAS Diberi Tempoh Sehingga Tahun Depan. "Sentiasa mesti ada tempoh. Tapi, untuk berlaku adil kepada parti itu, kerana (kita baru) mengadakan mesyuarat pertama (antara kita).

"Kita perlu membenarkan (sehingga) bulan depan ... tahun depan," katanya pada sidang akhbar selepas menandatangani perjanjian bersama kerangka kerjasama dengan Pakatan Harapan (HARAPAN).

PAS Diberi Tempoh Sehingga Tahun Depan


Beliau memberitahu rakan-rakan HARAPAN semasa mesyuarat Majlis Presiden gabungan itu yang diadakan sebelum ini.

PAS Diberi Tempoh Sehingga Tahun Depan. Muhyiddin mendedahkan bahawa beliau telah bertemu Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Timbalan Presidennya, Tuan Ibrahim Tuan Mat minggu lalu. - mk





Iklan
Image
Image
Image
Image
Image




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...