Friday, 16 December 2016

Najib Umum Hadiah Buat Rakyat

Najib Umum Hadiah Buat Rakyat. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan tambang perkhidmatan MRT dan bas perantara percuma selama sebulan mulai 6.00 pagi esok sehingga 16 Januari tahun depan.

Najib berharap hadiah Tahun Baru istimewa itu akan menggalakkan rakyat untuk mencuba perkhidmatan baharu itu.

Beliau bersukacita mengumumkan projek MRT bukan sahaja berjaya disiapkan mengikut jadual, malah berjaya menjimatkan RM 2 bilion daripada kos asal.

Najib Umum Hadiah Buat Rakyat. “Pada permulaan projek ini, kerajaan menetapkan kos projek sebanyak RM23 bilion.

“Semua kontrak sudah dianugerahkan dan kerja pembinaan di sepanjang laluan hampir siap dengan kos RM21 bilion. Kita berjaya menjimatkan RM2 bilion,” katanya dalam ucapan pada majlis pelancaran operasi fasa pertama MRT Laluan Sungai Buloh-Kajang di stesen Kwasa Damansara.

Fasa kedua MRT Laluan Semantan-Kajang, yang melibatkan terowong bawah tanah akan dibuka pada 31 Julai tahun depan.

Najib Umum Hadiah Buat Rakyat


Kedua fasa itu sebahagian daripada projek MRT sepanjang 51km dan 31 stesen.

MRT akan menyediakan 112 bas perantara yang akan beroperasi di 25 laluan dari 12 stesen mulai Jumaat.

Najib Umum Hadiah Buat Rakyat. Ia meliputi stesen Sungai Buloh; Kampung Selamat; Kwasa Damansara; Kwasa Sentral; Kota Damansara; Surian; Mutiara Damansara; Bandar Utama; Taman Tun Dr Ismail; Phileo Damansara; Pusat Bandar Damansara dan Semantan. - fmt



Iklan
Image
Image
Image
Image
Image




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...