Tuesday, 6 December 2016

Mahathir Ditempelak

Mahathir Ditempelak. Semua pihak diminta tidak mencemarkan kemuliaan Rasulullah sebagai pemimpin agung Islam dengan cuba mengaitkan baginda dengan isu-isu politik semasa.

Presiden Kelab Generasi Ilmu 1Malaysia, Datuk Syahrin Md Jamaluddin berkata, kedudukan Rasulullah sebagai kekasih ALLAH dengan darjat yang tertinggi tidak sepatutnya dieksploitasi oleh ahli mahu pun pemimpin parti demi kepentingan politik mereka.

Mahathir Ditempelak.  "Banyak lagi individu atau orang lain yang boleh dikaitkan kalau mahu berpolitik, jangan cemarkan kedudukan mulia Nabi Besar junjungan kita dengan isu-isu remeh temeh.

"Apatah lagi kita perumpamaan itu dibuat di hadapan orang bukan Islam dan seolah-olah menjadi bahan lucu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai kenyataan Pengerusi Bersatu, Tun Mahathir Mohamad yang didakwa mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isu 1MDB dengan Rasulullah.

Mahathir Ditempelak


Jelas Syahrin, Islam tidak melarang umatnya untuk berpolitik namun mereka perlu faham had dan batasannya jangan hingga mencemarkan kesucian agama itu.

"Politik juga adalah sebahagian daripada ilmu yang ALLAH kurniakan kepada hambaNYA, namun kita kena berhat-hati supaya tidak melampaui batas syariat.

Mahathir Ditempelak.  "Berpolitiklah, bercakaplah dan berdebatlah tetapi jangan sampai menghina Islam itu sendiri," katanya. - sinar



Iklan
Image
Image
Image
Image
Image




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...