Friday, 2 December 2016

Lagi Tindakan Singapura Kepada Skandal 1MDB

Lagi Tindakan Singapura Kepada Skandal 1MDB. Bank Pusat Singapura mengenakan penalti kepada Bank Standard Chartered dan Coutts kerana melanggar syarat pengubahan wang haram berkaitan dana 1MDB.

Penalti yang dikenakan terhadap 2 bank itu masing-masing S$5.2 juta dan S$2.4 juta.

Pihak Berkuasa Kewangan Singapura turut menyerahkan notis untuk mengeluarkan perintah larangan terhadap Tim Leissner, bekas pengarah dan wakil Goldman Sachs Singapura.

Di bawah perintah itu, Leissner dilarang menyertai secara langsung atau tidak langsung, serta tidak boleh melakukan sebarang aktiviti yang dikawal selia di bawah Akta Masa Depan Sekuriti selama 10 tahun, dalam pengurusan mana-mana firma perkhidmatan pasaran modal di Singapura.

Lagi Tindakan Singapura Kepada Skandal 1MDB


Menurut bank pusat itu, siasatan berkaitan 1MDB sudah hampir selesai dan ia akan memberi kemas kini terakhir pada awal tahun depan. - fmt




Iklan
Image
Image
Image
Image
Image




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...