Thursday, 1 December 2016

Ketua Polis Negara Kantoi?

Ketua Polis Negara Kantoi? Seorang anggota parlimen DAP berkata pegawai polis yang menyiasat peluru diterima rakannya pernah menyentuh objek itu tanpa menggunakan pelapik atau sarung tangan.

Justeru katanya tidak semua anggota polis tahu mengenai keperluan asas siasatan kes jenayah.

Kata Lim Lip Eng, pada 2010 Tony Pua turut menerima sebutir peluru yang dihantar ke pejabat Anggota Parlimen Petaling Jaya Utara itu.

Ketua Polis Negara Kantoi? Lim dan Pua kemudian membawa peluru berkenaan ke Balai Polis Damansara Utama untuk membuat laporan.

"Anggota polis yang bertugas di kaunter memeriksa peluru itu dengan tangan dan memberitahu kami, ia adalah peluru M-16," katanya kepada Malaysiakini.

Lim yang juga anggota parlimen Segambut berkata demikian bagi mengulas kenyataan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar yang menegur Pengerusi BERSIH Maria Chin Abdullah yang memegang peluru dihantar ke rumahnya.

Maria Chin menyedari peluru dan surat ugutan - ditujukan kepada "Marina" dan bukannya "Maria" seperti namanya - selepas memeriksa surat yang dihantar ke rumahnya semalam.

Kata Khalid tindakan Maria Chin itu mungkin merosakkan bahan bukti yang ada pada peluru serta surat itu.

Ketua Polis Negara Kantoi?


“Dia pula pegang nak tunjuk pada orang. Cap jari dialah yang kita dapat. Jadi kalau ada apa-apa - simpan, jangan usik - serahkan kepada kita untuk kita siasat.

“Jangan rosakkan bahan bukti yang ada. Sekarang apa kita nak cari lagi? Cap cari dia kita dapatlah,” katanya.

Khalid bagaimanapun menegaskan polis tetap menjalankan siasatan sama seperti kes lain yang dirujuk kepada mereka.

Menurut Lim ketika kejadian itu berlaku Khalid adalah ketua polis Selangor.

Namun Lim berkata dia bersetuju tiada sesiapa patut menyentuh peluru yang dihantar bersama ugutan bunuh sehinggalah anggota petugas foreksik memeriksanya.

"Saya cuma mahu menyatakan kepada Khalid bukan semua anggota polis tahu mengenai ilmu asas siasatan," katanya.

Ketua Polis Negara Kantoi?


Semasa di balai polis kata Lim, anggota yang bertugas meminta contoh darah Pua untuk mendapatkan DNA dan memastikan ancaman bunuh itu bukan direka sendiri.


"Kami katakan kepada pengawai penyiasat, mereka boleh mendapatkan DNA Pua tanpa perlu mengambil contoh darah.

"Kami juga beritahu dia, peluru itu sudah diselaputi cap jari ramai anggota polis sebelum ia sampai kepada pegawai penyiasat," katanya. - mk




Iklan
Image
Image
Image
Image
Image




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...