Monday, 5 December 2016

Kerajaan BN Main Silap Mata Lagi

Kerajaan BN Main Silap Mata Lagi. Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainuddin menafikan kerajaan pernah mengeluarkan notis pemberitahuan mengenai kenaikan harga minyak masak kepada peniaga sebelum kenaikan harga baharu dilaksanakan.

Hamzah hari ini membuat penjelasan bagi memperbetulkan persepsi masyarakat yang mengatakan antara punca peniaga menyorok stok minyak masak, adalah disebabkan notis awal kenaikan harga yang dikeluarkan kerajaan.

Kerajaan BN Main Silap Mata Lagi. “Saya nak perbetulkan tentang isu minyak masak, kerajaan bagi notis seolah-olah kerajaan akan naikkan harga, itu tidak betul. Kerajaan tidak pernah keluarkan notis pemberitahuan tersebut,” katanya pada persidangan Dewan Negara.

Beliau menjawab soalan tambahan Khairiah Mohamed yang ingin tahu mengenaiaduan pembeli terhadap peniaga yang menyorok barang minyak masak sebelum kenaikan harga diumumkan kerajaan.

Mengulas lanjut, Hamzah berkata rakyat digalakkan mendaftar sebagai sukarelawan ‘Friends of KPDNKK’ (FOK) bagi mendapat manfaat dari segi kepenggunaan.

Kerajaan BN Main Silap Mata Lagi


Terdahulu, ketika menjawab soalan asal Tan Sri S Nallakaruppan mengenai kejayaan program FOK dalam menangani kenaikan harga barang, katanya setakat ini, kementerian telah menerima seramai 400,000 penyertaan bagi program itu.

Kerajaan BN Main Silap Mata Lagi. Menerusi penstrukturan semula Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (COSS), harga minyak masak paket 1 kilogram (kg) kekal RM2.50 tetapi minyak masak dalam botol dijual mengikut harga pasaran berkuat kuasa 1 November lepas. - fmt




Iklan
Image
Image
Image
Image
Image




1 comment:

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...