Saturday, 24 December 2016

Jamal Yunos Berdepan Masalah Besar?

Jamal Yunos Berdepan Masalah Besar? Pusat perubatan yang memberi bantuan rawatan kepada pasangan tidak dikurniakan zuriat terkejut dengan kenyataan Datuk Jamal Yunos mempersendakan penyanyi popular Datuk Siti Nurhaliza yang masih belum berjaya hamil.

TMC Fertility Centre, perintis rawatan kesuburan di Malaysia berkata kata-kata sinis dibuat ketua Baju Merah itu satu penghinaan terhadap lelaki dan wanita yang berusaha keras untuk menjadi ibu dan bapa.

Jamal Yunos Berdepan Masalah Besar? Katanya, ketua Umno Bahagian Sungai Besar itu perlu memohon maaf bukan saja kepada Siti tetapi juga semua wanita yang terpaksa berdepan kesakitan mental dan emosi kerana gagal hamil.

“Sudah jelas, kehendak untuk mempunyai keluarga ialah naluri utama yang tidak mudah ditahan, dan wanita berdepan masalah sukar hamil tidak patut disalahkan kerana gagal melahirkan anak,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pengurus komunikasinya, Chan Li Jin berkata sindiran Jamal memberi kesan mendalam terhadap pasangan yang berkali-kali gagal mendapatkan anak dan ada pasangan mengalami keretakan rumah tangga kerana masalah ini.

“Di TMC Fertility Centre, kami tahu sangat kesakitan mental dan emosi yang ditanggung pasangan seperti itu ketika cuba untuk hamil.


Jamal Yunos Berdepan Masalah Besar? 


“Meskipun rawatan kesuburan tidak mengancam nyawa, pesakit kadangkala beritahu kami sebahagian diri mereka ‘mati’ setiap kali haid datang, bermakna mereka gagal lagi untuk mendapatkan bayi,” katanya.

Selepas kiriman laman sosial Siti yang dilihat mengkritik Jamal kerana melakukan “protes tuala” di Shah Alam, pemimpin Umno itu mengirim kenyataan seksis menyindir penyanyi itu kerana masih tidak menimang cahaya mata.

“Pesanan saya kepada Siti. Jaga air sendiri yang tidak berapa subur itu, atau cari air lain,” tulis Jamal dalam kiriman Whatsapp, hari ini.

Sebelum itu, Siti memuat naik gambar di laman Instagram mengenai tindakan Jamal yang hadir ke Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Selangor dengan hanya bertuala bagi membantah gangguan air.

“Jangan jadi macam Jamal ye.. #kawasansayapuntakdeair #dapatnotis #sediatongair #fahambahasa #Repost @yasinsulaiman

“Jamal dah 4 hari tak mandi. Minta jasa baik MB tumpang mandi kat opis SUK #lol,” tulis Siti.

Siti, 37, yang berkahwin dengan ahli perniagaan Datuk Khalid Mohamad Jiwa sebelum ini pernah berkongsi kesedihannya kerana masih gagal untuk mengandung.

Jamal Yunos Berdepan Masalah Besar? 


Tahun lalu, beliau mendedahkan mengalami keguguran.

“Allah pinjamkan anugerah ini untuk saya hanya sementara,” tulis penyanyi yang banyak menerima anugerah itu di Instagram.

TMC berkata masalah kesuburan juga boleh berpunca daripada lelaki, bukan saja wanita.

“Ia masalah yang perlu dihadapi pasangan secara bersama-sama dan sokongan emosional sangat penting.

Jamal Yunos Berdepan Masalah Besar?  “Jamal perlu meminta maaf kepada Siti dan semua wanita kerana komennya yang menghina itu dan memandang remeh perkara yang dia sendiri tidak faham,” katanya. - fmt




Iklan
Image
Image
Image
Image
Image




1 comment:

  1. Rakyat berdepan masalah besar (tekanan fizikal dan mental) apabila tiada air tetapi hanya Jamal yang berani tampil untuk menyuarakan isi hati. Usaha yg baik di kritik sedangkan pihak yg mungkir di puji. Ini petanda dunia akhir zaman.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...