Saturday, 17 December 2016

Husam Musa Dedah Rahsia PAS Lagi

Husam Musa Dedah Rahsia PAS Lagi. Cadangan Pas untuk bertanding di kawasan majoriti pengundi Cina yang kini diwakili DAP menjelaskan hasrat sebenar parti itu untuk memastikan kerajaan Barisan Nasional (BN) terus berkuasa dan tidak mengalami kekalahan dalam PRU14 akan datang.

Penasihat Parti Amanah Negara (Amanah) Kelantan Datuk Husam Musa berkata sikap Pas untuk bertanding semula di semua kawasan yang ditandingi parti itu dalam PRU13 masih boleh difahami kerana perundingan untuk pembahagian kerusi di kalangan parti-parti pembangkang belum pun bermula.

Husam Musa Dedah Rahsia PAS Lagi. "Di kawasan-kawasan majoriti Cina yang bertanding melawan DAP ialah komponen-komponen BN selain Umno termasuk MCA, MIC, Gerakan dan lain-lain.

"Motif Pas jika bertanding di kawasan seperti ini tentulah sama sekali tidak bermatlamat untuk menang sebaliknya satu percubaan untuk memecahkann undi di kalangan pembangkang dan secara tidak langsung berusaha memenangkan parti komponen BN," katanya ketika berucap di majlis dialog bersama pimpinan Amanah di rumah Mejar Zaidi, depan rumah pam Kemubu, Ketereh semalam.

Dengan cadangan baru persempadanan semula yang dicadangkan SPR katanya, keadaan menjadi lebih teruk kerana kawasan-kawasan majoriti Cina yang dulu hanya kebanyakannya sekitar 60 peratus, kini boleh meningkat sehingga 80 peratus ke atas.

"Boleh tuan-tuan bayangkan Pas meletakkan calon di kawasan seperti ini dan mereka berkata kita akan menang dengan kehendak Allah.

Husam Musa Dedah Rahsia PAS Lagi


"Sedangkan semua orang akan faham bahawa tujuan permainan seperti ini adalah untuk mengukuhkan BN," katanya.

Husam berkata, BN kini sedang menghadapi situasi amat kritikal dan tentulah tindakan Pas ini akan membuatkan mereka cukup gembira.

"Skandal 1MDB yang sedang diburu oleh pelbagai negara termasuk Amerika Syarikat dan Singapura kini diheret pula dengan perjanjian pelaburan pembinaan pakej keretapi laju dengan negara China.

"Semua penganalisa di dalam danluar negara menganggap perbezaan harga antara harga sebenar dan harga yang dipersetujui yang dianggarkan melebihi RM25bilion adalah bertujuan untuk pihak 1MDB membayar sejumlah wang yang tersalah bayar kepada sebuah syarikat di Dubai," katanya.

Menurutnya tindakan seperti ini adalah memperjudikan nasib masa depan negara terutama dalam keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu beberapa tahun akan datang.


Husam Musa Dedah Rahsia PAS Lagi


"Najib dalam keadaan ini akan berbuat apa saja termasuk memastikan wujud parti tertentu yang merosakkan cita-cita rakyat untuk melihat semua parti-parti pembangkang bersatu dan menentang secara satu lawan satu dengan BN," katanya.

Menyentuh perkembangan politik Kelantan, Husam yakin dengan perjanjian antara Pakatan Harapan(PH) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang ditandatangani Selasa lalu akan memberi impak besar dalam PRU14 nanti.

"Kini pengundi Pas sedang bergerak keluar menyertai Amanah manakala pengundi Umno berpusu-pusu menyertai PPBM.

Husam Musa Dedah Rahsia PAS Lagi. "Kalau kedua-dua kumpulan ini "berkacuh" (bekerjasama), tentulah kerajaan yang ada sekarang akan bertukar kepada satu kerajaan baharu dan Pas dan Umno akan dihanyutkan rakyat," katanya. - md




Iklan
Image
Image
Image
Image
Image




3 comments:

  1. time ko nak bertanding dekat kelantan tak pulak dato cakap camni.. ni sume politik kotor. masing2 kejar kuasa last skali rkyt yg berada dalam tkanan.

    ReplyDelete
  2. time dato nak bertanding di kelantan x mau plak dato ckp cmni.. ni sume politik kotor kjar kuasa.. rkyat prtngahn jadi mngsa. bek serang bn.

    ReplyDelete
  3. pas akan letak calon d semua kerusi pembangkang utk menangkan umno. strategi ini tlh mrk cuba dipru2 lepas dan berjaya memenangkan bn. sbb itu PH mesti bertanding disemua kerusi adun dan parlimen lebih2 lg dikelantan.

    tp jgn letak azmin and geng sbg calon; sbb aku akan tidor kat umah.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...