Sunday, 4 December 2016

Himpunan Solidariti Rohingya: Hanya Pemipin PAS Yang Hadir?

Himpunan Solidariti Rohingya: Hanya Pemimpin PAS Yang Hadir? Perhimpunan solidariti untuk Rohingya hari ini menyatukan kedua-dua pihak antara Umno dan Pas di atas satu pentas dengan presiden dan timbalan masing-masing berada di atas pentas utama.

Warna puteh dan merah menguasai perhimpunan hari ini.

Himpunan Solidariti Rohingya: Hanya Pemimpin PAS Yang Hadir?  Walaupun ia dikatakan dianjurkan oleh NGO Islam, yang memenuhi pentas utama adalah pemimpin Pas dan Umno yang duduk bersilang antara satu sama lain seolah-olah satu gabungan mantap.

Kalau majlis terbuka pertama mereka, Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar pada 17 Disember 2015 dahulu melibatkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan Datuk Seri Naib Razak sahaja tetapi kali ini melibatkan kepimpinan utama kedua-dua parti.

Timbalan presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi turut bersama, begitu juga Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Himpunan Solidariti Rohingya: Hanya Pemimpin PAS Yang Hadir? 


Selain Najib dan Hadi, Zahid akan turut berucap manakala Ketua Penerangan PAS, Nasruddin Hassan akan membacakan doa.

Turut dijadualkan berucap adalah Yang Dipertua Yadim Dr Yusri Mohamad dan Mufti Melaka, Abdul Halim Tawil.

Turut berada di pentas utama adalah Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor dan Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyudin Hassan.

Turut serta Ketua Pemuda Pas, Nik Mohamad Abduh dan ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman di samping Penolong Setiausaha Agung Pas, Khairul Faizi Ahmad Kamil Ketua Penerangan Umno, Datuk Anuar Musa dan Datuk Ahmad Maslan.

Hadi dan Zahid di pentas utama. Di belakang mereka hampir kesemuanya pimpinan Pas dan Umno.Sebelum ini, Najib mendapar mandat dari Perhimpuan Agung Umno 2016 (PAU 16) untuk menyertai himpunan bersama Pas ini. Perwakilan Umno semua berdiri apabila Najib menegaskan akan hadir.

Himpunan Solidariti Rohingya: Hanya Pemimpin PAS Yang Hadir? 

Sepanjang ucapan pimpinan Umno dari Najib, timbalannya Datuk Ahmad Zahid Hamidi hingga para perwakilan, Pas tidak menjadi sasaran kali ini walaupun parti itu adalah musuh tradisi Umno.

Pihak yang menjadi sasaran PAU 16 adalah DAP yang didakwa pencabar Umno untuk menguasai Putrajaya.

Pas pula menyebarkan surat jemputan kepada ahlinya untuk menyertai majlis ini dengan menyebut ia adalah anjuran para NGO Islam.

Bagaimanapun tidak ramai ahli bawahan Pas yang kelihatan di perhimpunan ini. - md


Himpunan Solidariti Rohingya: Hanya Pemimpin PAS Yang Hadir? 










Iklan
Image
Image
Image
Image
Image




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...