Thursday, 8 December 2016

Gempa Bumi Aceh Korban 52 Maut


Gempa Bumi Aceh Korban 52 Maut. Badan Nasional Penanggulangan Bencana (BNPB) mengesahkan setakat ini 52 orang maut dalam kejadian gempa bumi yang melanda daerah Pidie Jaya, wilayah Aceh pagi tadi.

Ketua Pusat Data Informasi dan Hubungan Masyarakat BNPB Sutopo Purwo Nugroho berkata, 73 orang dilaporkan parah dan 200 orang cedera ringan dalam kejadian gempa berukuran 6.5 pada skala Richter.

Kesemua yang cedera dan maut dihantar ke 3 hospital sekitar daerah berkenaan.

Dalam satu kenyataan media, beliau berkata gempa itu dirasai di daerah Pidie Jaya tetapi pihaknya tidak mengeluarkan amaran tsunami.

Gempa Bumi Aceh Korban 52 Maut


Katanya pasukan mencari dan menyelamat masih meneruskan kerja-kerja mencari dan menyelamat di semua kawasan runtuhan bangunan akibat kejadian gempa itu.

Beliau berkata, 65 buah rumah dilaporkan rosak teruk dan penduduk yang kehilangan rumah kini ditempatkan sementara di khemah-khemah dan beberapa buah pusat pemindahan yang dibuka tengah hari tadi.

Sutopo berkata pihaknya mengesan sejumlah gempa susulan tetapi ia adalah gempa kecil berukuran di bawah 4.5 pada skala Richter dan tidak begitu dirasai.

Presiden Joko Widodo dalam satu kenyataan melahirkan rasa dukacita atas musibah itu dan meminta rakyat bertenang kerana kerajaan sedang menjalankan kerja-kerja membantu semua mangsa yang terlibat.

Gempa Bumi Aceh Korban 52 Maut


Sementara itu, seorang saksi Zulkarnian ketika dihubungi berkata ketika kejadian beliau berada berhampiran sebuah kawasan rumah susun di Pidie Jaya dan terkejut apabila bangunan rumah itu tergoncang.

“Saya terasa gegarannya dan saya lihat rumah di situ mulai runtuh, ada orang dalam rumah itu dan pasti mereka terperangkap di dalamnya,” kata beliau.

Katanya, beliau juga melihat ada orang yang sedang menunaikan solat Subuh dalam masjid itu dan mereka terus khusyuk bersolat walaupun masjid itu mengalami gegaran. - fmt

Gempa Bumi Aceh Korban 52 Maut










Iklan
Image
Image
Image
Image
Image




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...