Tuesday, 6 December 2016

DAP Tak Mahu Jawatan Perdana Menteri - Lim Guan Eng

DAP Tak Mahu Jawatan Perdana Menteri - Lim Guan Eng. "Kami tidak pernah minta supaya seorang yang berbangsa Cina menjadi Perdana Menteri tetapi menyokong seorang Melayu seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim," itu merupakan kata-kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng ketika Konvensyen DAP 2016.

Menurutnya lagi, parti itu juga tidak berhasrat menguasai kerajaan sekiranya mereka menang Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

"Kami tidak akan menguasai kerajaan sekiranya pembangkang memenangi kuasa tetapi akan menjadi rakan kongsi yang adil dan bertanggungjawab," katanya lagi.

DAP Tak Mahu Jawatan Perdana Menteri - Lim Guan Eng. Tambahnya lagi, beliau turut menggelar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai ekstrem liberalisme.

"Menentang penahanan tanpa bicara terutamanya menggunakan undang-undang pengganas terhadap aktivis hak asasi bukanlah liberisme yang melampau.

DAP Tak Mahu Jawatan Perdana Menteri - Lim Guan Eng


"Tetapi mencuri duit negara sehingga berbilion-bilion ringgit secara sesuka hati itu adalah liberisme yang melampau," katanya lagi lapor Sinar Harian.



Iklan
Image
Image
Image
Image
Image




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...