Thursday, 8 December 2016

DAP Pusat Buat Kejutan Tak Disangka

DAP Pusat Buat Kejutan Tak Disangka. Mereka yang tidak boleh terima gaya demokrasi DAP boleh keluar parti, kata timbalan setiausaha agungnya selepas seorang ahli meletak keahlian kerana kerjasama dengan Tun Dr Mahathir Mohamad.

P Ramasamy berkata ahli parti bebas untuk membantah namun ketidakpuasan hati mereka tidak mencerminkan parti secara keseluruhan.

Beliau menolak dakwaan DAP mengorbankan prinsip, kerana mereka sekadar bekerjasama untuk menewaskan BN dalam pilihan raya umum akan datang.

DAP Pusat Buat Kejutan Tak Disangka.  “Politik adalah seni kemungkinan,” tegas Ramasamy. “Kita perlu kumpulkan kekuatan semua orang untuk pastikan Umno dan BN tewas pada pilihan raya nanti. Jadi dimana salahnya?

“Kami masih berprinsip. Menjadi sekutu orang yang juga mahu menjatuhkan rejim yang korup tidak bermakna kami mengorbankan prinsip.”

“Orang itu (yang mahu menewaskan BN) perlu dihalau atau disambut dengan tangan terbuka?” kata Ramasamy selepas perasmian program Pengubahan Francais Perusahaan Kecil dan Sederhana di Hotel Sunway, Seberang Jaya.

Baru-baru ini, Shamsher Singh Thind dari bahagian Taman Chai Leng meletak keahlian susulan hubungan baik antara DAP dan Dr Mahathir.

DAP Pusat Buat Kejutan Tak Disangka


Shamsher berkata DAP harus menuntut Dr Mahathir memohon maaf atas kesalahan lampau.

Lebih-lebih lagi apabila semua dakwaan yang dilemparkan pimpinan pembangkang dan DAP terhadap Dr Mahathir boleh dikumpul menjadi satu tesis, katanya.

Ramasamy akui ramai pimpinan pembangkang yang teraniaya semasa negara di bawah pemerintahan Dr Mahathir.

“Bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menderita, tetapi isteri hari ini boleh menerima beliau.

“Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan mendiang Karpal Singh juga menderita, tetapi Kit Siang sudah maafkan beliau.


DAP Pusat Buat Kejutan Tak Disangka


“Jadi mengapa orang lain tidak boleh bersikap terbuka dan memaafkan Mahathir?” soal Ramasamy.

Ramasamy berkata tiada seorang ahli yang tidak diperlukan, tetapi DAP perlu bergerak ke hadapan demi negara. - fmt



Iklan
Image
Image
Image
Image
Image




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...