Monday, 26 December 2016

BERSATU Dilanda Pergolakan?

BERSATU Dilanda Pergolakan? Anina Saadudin menegaskan dirinya dipecat daripada jawatan ketua wanita Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), namun dakwaan itu dipertikaikan Ketua Penerangan, Datuk Kamarudin Md Nor.

Anina berkata, beliau sudah bercakap dengan Timbalan Presiden PPBM, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Setiausaha Agung, Datuk Dr Shahruddin Md Salleh yang mengesahkan keputusan menyingkirkan beliau daripada jawatan itu.

BERSATU Dilanda Pergolakan? “Mereka kata saya tidak disyorkan Majlis Presiden untuk dilantik sebagai ketua Srikandi,” katanya merujuk nama sayap itu.

Katanya, beliau mengangkat sumpah jawatan itu pada 2 November lalu dan secara rasmi menjadikan beliau ketua Srikandi.

Kamarudin ketika dihubungi berkata, Anina tidak pernah dilantik dan angkat sumpah beliau merupakan “kesilapan teknikal”.

BERSATU Dilanda Pergolakan?


“Beliau dilantik secara rasmi sebagai ahli Majlis Tertinggi, bukan sebagai ketua Srikandi,” katanya kepada FMT.

Beliau berkata, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pun baru dilantik sebagai ketua pemuda PPBM, Armada.

“Kami perlu tunggu pengerusi dan presiden kemukakan cadangan mereka, barulah kita akan buat pelantikan itu,” kata Kamaruddin.

Dalam pada itu, Anina mempersoalkan dakwaan Mukhriz dan Shahruddin yang beliau sekadar “menaja” jawatan itu, manakala barisan pucuk pimpinan PPBM yang diumumkan pada bulan lalu adalah pelantikan rasmi.

BERSATU Dilanda Pergolakan?


“Parti ini baru berusia 3 bulan, tetapi dipimpin seorang presiden (Tan Sri Muhyiddin Yassin) yang mempunyai lebih 40 tahun pengalaman politik.

“Beliau lebih bijak,” katanya secara sinis.

Anina berkata, sekalipun disingkirkan daripada jawatan itu, beliau akan meneruskan perjuangan “dengan atau tanpa kedudukan, dengan atau tanpa parti”.

BERSATU Dilanda Pergolakan? “Saya berjuang bermati-matian untuk rakyat walaupun ketika berada dalam Umno, malah selepas mereka pecat saya dan meninggalkan saya tanpa parti, dan sebelum PPBM ditubuhkan,” katanya yang julung kali menjadi perhatian media apabila beliau mengkritik Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak secara terbuka pada mesyuarat Umno Bahagian Langkawi tahun lalu. - fmt


Iklan
Image
Image
Image
Image
Image




3 comments:

  1. LANGIT TAK SELALU CERAH CIK KAK OOII... DULU KAU HANTAM ORANG, SEKARANG KAO PULA KENA HANTAM

    MAKANYA JANGAN LA BERKOKOK TAK TENTU ARAH TAKUT TAIK TERPERCIK KE MUKA

    ReplyDelete
  2. syabas anina, saya tak berparti, menyokong semangat saudari,teruskan perjuangan demi rakyat dan anak cucu.

    ReplyDelete
  3. Uhuk...uhuk... Belum2 dah nmpk berproblem.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...