Saturday, 24 December 2016

Berita Mengaibkan Umno Selangor

Berita Mengaibkan Umno Selangor. Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) hari ini merobohkan sebuah resort yang dimiliki oleh Ketua Umno Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos di Sekinchan, Selangor selepas menghantar notis perintah tutup, pagi tadi.

Notis bertarikh 22 Disember itu antara lainnya menyebut pemilik Sekin Fisherman Village Hotel & Resort menjalankan aktiviti perhotelan tanpa lesen yang sah daripada pihak berkuasa.

Berita Mengaibkan Umno Selangor. Notis juga menyebut pemeriksaan MDSB mendapati Jamal telah melakukan kesalahan tersebut di atas Lot 13081,13082 dan 13083 Jalan Pantai Redang, Sekinchan.

Jamal dalam catatan di Facebook mendakwa arahan perobohan itu dibuat oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali.

“Kerja-kerja meroboh permis perniagaan saya oleh majlis dearah Sabak Bernam sedang dilakukan atas arahan MB.

Berita Mengaibkan Umno Selangor


“Pagi tampal notis petang ini roboh. Ini adalah tindakan balas dendam oleh kerajaan negeri terhadap kelantangan saya mengkritik kerajaan di bawah pimpinan Azmin Ali.

“Apa yang saya lakukan ini adalah untuk kepentingan rakyat Selangor yang derita dengan masalah air yang tidak ada,” katanya.

Jamal semalam tampil dengan hanya bertuala ke bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam untuk tumpang mandi di pejabat menteri besar Selangor.

Beliau turut membawa gayung, berus gigi dan sabun sebagai protes terhadap kerajaan negeri yang didakwanya gagal mengurus masalah air di negeri itu.

Bagaimanapun ADUN Sekinchan,Ng Suee Lim ketika dihubungi Malaysiakini untuk mengesahkan laporan itu berkata perobohan berkenaan tidak ada kena mengena dengan bantahan yang dibuat oleh Jamal.

“Tiada dendam... ini (hanya) kebetulan,” katanya.

Berita Mengaibkan Umno Selangor


Menurut pemimpin akar umbi DAP itu, MDSB telah menghantar notis kepada Jamal mengenai sepanjang tempoh lima tahun lalu berhubung hotelnya yang tidak mematuhi peraturan-peraturan tanah dan pembangunan.

“Benda ini majlis (MDSB) dah banyak kali keluar notis, saman kompaun semua sudah, minta dia roboh sendiri tapi dia ingkar.

“Jadi majlis dan pejabat tanah ambil tindakan la. (Ini kerana kita) tak nak majlis dilihat tidak tegas dalam meneggakkan undang-undang,” kata Ng.

Menurutnya, beliau tidak mempunyai masalah dengan sesiapa sahaja menjalankan perniagaan di Sekinchan, tetapi mereka mesti mengikut undang-undang.

Berita Mengaibkan Umno Selangor. Malaysiakini telah menghubungi Setiausaha Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) Awaluddin Zakariaberhubung kerja-kerja perobohan itu dan sedang menunggu jawapannya. - mk


Iklan
Image
Image
Image
Image
Image




2 comments:

  1. semakin buruk dan semakin jelas keburukan perangai orang-orang umno ni yeerr apakah mereka dulu ni emak diorang mengandungkan mereka tak baca doa yang baik-baik untuk anak-anak ? maka dengan itu anak-anak orang umno ramai yang macam pelesit tak bertuan kah kah kah

    ReplyDelete
  2. muasabah la diri tu wahai d.jamal ni baru x air tak mustahil nanti rakyat marharen x ada makanan, anak2 x bersekolah dan x berpakaian sebab rm semua dah kena kebas barangan mahal nak mamposs. apa selama ini ketua bahagian umno buat ngan pusat2 judi,mabuk, mungkin pelacuran tutup mata ngan telinga dan tutup mulut da kena batang sendiri baru nak bertindak

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...