Sunday, 1 January 2017

Banjir Di Terengganu, Mangsa Banjir Meningkat


Banjir Di Terengganu, Mangsa Banjir Meningkat. Mangsa banjir di Terengganu meningkat kepada 250 orang setakat pukul 12 tengah hari berbanding 212 orang awal pagi tadi, demikian menurut JPBN Terengganu.

Menurut APM pula, Jalan Pengkalan Merbau & Pelong, Setiu ditutup kepada semua kenderaan.

Manakala Jalan Chalok Bukit Putera & Telaga, Setiu ditutup kepada kenderaan ringan - APM

Banjir Di Terengganu, Mangsa Banjir Meningkat. Hujan lebat berterusan yang melanda beberapa daerah di Terengganu menyebabkan beberapa kawasan rendah mula dinaiki air sejak awal pagi tadi.

Menurut laman web rasmi Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Terengganu di publicinfobanjir.water.gov.my, lima batang sungai telah melepasi paras normal akibat taburan hujan yang terlalu lebat.

Sungai-sungai itu ialah Sungai Telemong di Kuala Ping dekat Hulu Terengganu yang mencatat paras bahaya 20.36 meter berbanding paras normal 16.5 meter.

Dua lagi sungai ialah di Setiu iaitu Sungai Chalok yang naik setinggi 7.7 meter berbanding paras normal 5 meter dan Sungai Nerus di Kampung Langkap pada paras 20.06 meter berbanding paras normal 17 meter.

Banjir Di Terengganu, Mangsa Banjir Meningkat


Sungai Besut di Kampung La pula naik pada paras 19.82 meter berbanding paras normal 16.5 meter dan Sungai Marang di Jambatan Pengkalan Berangan yang naik pada aras 2.07 meter berbanding paras normal satu meter.

Para penduduk di kawasan terjejas di di sekitar Hulu Terengganu dilapor dalam proses berpindah ke pusat pemindahan yang disediakan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Di KOTA BHARU, tiga sungai utama di Kelantan mencatatkan paras berjaga-jaga sehingga pukul 10 pagi ini berikutan hujan lebat yang melanda kawasan hulu Kelantan sejak semalam.

Banjir Di Terengganu, Mangsa Banjir Meningkat


Menurut laman sesawang Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di http://infobanjir.water.gov.my/, Sungai Galas di Dabong berada di paras 34.15 meter berbanding paras berjaga-jaga 32.00 meter.

Selain itu, Sungai Lebir di Tualang pula berada di paras 27.90 meter (paras berjaga-jaga 27 meter) dan Sungai Kelantan di Tangga Krai pula adalah 20.02 meter (paras berjaga-jaga 20 meter). - mk




Iklan
Image
Image
Image
Image
Image


1 comment:

  1. Fuad zakat potong je...sprm pun di rasuah la kalau pegawai siasat di pindah
    Insyallah..makbul doa rakyat hapus lenyap najib bn umno
    Insyallah menang pru14 pribumi. Warisan .harapan

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...