Wednesday, 14 December 2016

Anwar Ibrahim Bebas Hari Ini?

Anwar Ibrahim Bebas Hari Ini? Keputusan sama ada bekas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dibebaskan daripada sabitan kes Liwat II atau menjalani baki hukuman penjara yang masih tinggal 16 bulan lagi akan diketahui hari ini.

Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan anaknya Nurul Ilham turut bersama di mahkamah pagi ini

Keputusan terhadap permohonan semakan semula yang dibuatnya untuk memohon Mahkamah Persekutuan menggunakan Peraturan 137 Kaedah-Kaedah Mahkamah Persekutuan 1995, dan mengkaji semula keputusan panel lima hakim yang diketuai oleh Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria yang mensabitkan beliau dalam kes Liwat II, akan diumumkan hari ini.

Anwar Ibrahim Bebas Hari Ini? Panel lima hakim yang diketuai oleh Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin dan dianggotai oleh Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum, Hakim Tan Sri Hasan Lah, Hakim Tan Sri Abu Samah Nordin dan Hakim Tan Sri Zaharah ibrahim, telah mendengar permohonan itu pada 12 Oktober.

Ini adalah ruang perundangan terakhir bagi Anwar untuk mencabar sabitan terhadapnya, dan jika gagal, beliau akan menjalani hukuman lima tahun penjara sehingga pertengahan tahun 2018.

Menjelang keputusan mahkamah, Penyelaras Bebas Anwar, Yusmadi Yusoff menyeru pembebasan segera bekas timbalan perdana menteri itu.


Anwar Ibrahim Bebas Hari Ini? 


Katanya mereka menggesa Mahkamah Persekutuan untuk mempertimbangkan sepenuhnya dan secara adil membincangkan kes itu yang setakat ini menurutnya, telah dibelenggu dengan banyak anomali dan tidak konsisten, bukti DNA yang boleh dipersoalkan dan mengganggu bukti kritikal.

Katanya, soalan-soalan yang berkaitan dengan mengapa penuduh itu bersama dengan perdana menteri beberapa hari sebelum kejadian itu masih tidak terjawab.

Terdapat lebih banyak soalan daripada jawapan dalam kes ini, katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, pimpinan politik dan penyokong Anwar sudah berada di mahkamah pagi ini bagi mengikuti perkembangan terkini.


Anwar Ibrahim Bebas Hari Ini? 


Presiden Amanah Mohamad Sabu hadir memberikan sokongan

Sasterawan Negara A Samad Said tidak pernah ketinggalan hadir
memberikan soongan kepada keluarga Anwar


Iklan
Image
Image
Image
Image
Image




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...