Sunday, 11 December 2016

AMANAH Sound MB Selangor

AMANAH Sound MB Selangor. Perwakilan Amanah Selangor hari ini menyindir Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang parti itu “tidak lapar” jawatan dalam kerajaan negeri.

Jamzuri Ardani berkata walaupun wakil rakyat Amanah tidak dilantik sebagai exco, namun Azmin perlu meraikan kedudukan mereka sebagai salah satu komponen dalam kerajaan negeri tanpa karenah birokrasi yang menekan.

AMANAH Sound MB Selangor. “Kami hendak beritahu kepada MB bahawa Amanah tidak lapar dengan jawatan. Kami tidak lapar dengan kedudukan dalam kerajaan negeri.

“Apa yang kami mahu ialah diraikan sebagai ahli komponen parti kerajaan negeri tanpa tekanan dan birokrasi,” katanya ketika membahaskan ucapan presiden di Konvensyen Nasional Amanah hari ini.


AMANAH Sound MB Selangor


Beliau berkata tekanan dan birokrasi kerajaan negeri itu menghalang Amanah untuk mengadakan pelbagai program, termasuk kuliah agama.

Katanya, halangan itu datangnya daripada PAS yang tidak senang dengan tindakan mereka.

“Ketua kampung PAS, Adun PAS, ahli Majlis PAS, exco PAS itulah yang membantah dan menghalang kita mengadakan kuliah di masjid. Ada juga ahli majlis menghalang PAS menggunakan dewan di bawah PBT.


AMANAH Sound MB Selangor


“Jika Amanah tidak menang banyak kerusi kita bimbang menteri besar selepas pilihan raya akan datang akan duduk di blok pembangkang. Unsur duri dalam daging dalam kerajaan negeri kena dibuang segera,” katanya. - md



Iklan
Image
Image
Image
Image
Image




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...