Sunday, 27 November 2016

Terbukti Berita Yang Disebarkan Ini Palsu

Terbukti Berita Yang Disebarkan Ini Palsu. Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) DAP, Ean Yong Hian Wah percaya laporan berita palsu yang mendakwa beliau membantu menyelesaikan pertikaian antara pasangan suami isteri dengan pegawai penguat kuasa, adalah perbuatan musuh politik bagi memberi gambaran negatif kepada pembangkang.

Menganggap laporan yang tersebar di laman media sosial itu sebagai “tidak berasas”, ahli exco Selangor itu juga menafikan mengenali pasangan yang mengganggu pegawai Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Terbukti Berita Yang Disebarkan Ini Palsu. Begitu juga MBSA, beliau menjelaskan, tidak mengeluarkan sebarang arahan untuk membatalkan laporan polis yang dibuat terhadap suami isteri terbabit.

“Ini adalah kerja-kerja musuh politik dan kita boleh menjangkakan lebih banyak berita sebegini yang akan dihasilkan pada masa akan datang,” katanya kepada FMT ketika dihubungi.

Awal hari ini, Yong yang juga exco Selangor merangkap pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Kampung Baru dan Penyelesaian Kilang Haram Selangor, membuat laporan di Balai Polis Shah Alam mengenai laporan berita yang diterbitkan dalam www.negarapakatanrakyat.com, yang disifatkannya sebagai fitnah.

Terbukti Berita Yang Disebarkan Ini Palsu


Tinjauan FMT menunjukkan artikel itu sudah dikeluarkan.

Selain mendakwa Yong mewakili pasangan itu dengan menawarkan pampasan kepada pegawai penguat kuasa, artikel itu juga mendakwa MBSA mengarahkan pegawai itu menarik semula laporan polis.

MBSA menafikan ada mengeluarkan arahan sebegitu.

Yong berkata beliau tidak pasti siapa pemilik laman web itu, tetapi beliau mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka apabila identiti diketahui.

Beliau turut meminta orang ramai mengesahkan berita yang mereka terima sebelum menyebarkannya.

Terbukti Berita Yang Disebarkan Ini Palsu


“Hakikat yang pasangan itu dijatuhi hukuman penjara dan denda adalah bukti laporan itu adalah palsu.”

Semalam, sepasang suami isteri dijatuhi hukuman penjara 14 hari dan denda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret di sini kerana menganggu pegawai MBSA.

Terbukti Berita Yang Disebarkan Ini Palsu. Lor Ka Hoo, 35, dan isterinya Tan Sit Fun, 30, mengaku bersalah terhadap pertuduhan di bawah Seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan jenayah untuk menakut-nakutkan seorang penjawat awam, Nurul Ain Isa, daripada menjalankan tugasnya. - fmt



Iklan
Image
Image
Image
Image
Image




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...