Wednesday, 2 November 2016

Tan Sri Pandikar Amin Mulia Bersikap Pelik

Tan Sri Pandikar Amin Mulia Bersikap Pelik. Tan Sri Abu Talib Othman mempersoalkan bagaimana speaker Dewan Rakyat tahu yang 3 bekas menteri mendedahkan rahsia kerajaan ketika mereka membangkitkan isu 1MDB pada sesi perbahasan minggu lalu.

Bekas peguam negara itu hairan bagaimana Tan Sri Pandikar Amin Mulia, sebagai ketua legislatif tahu yang Kabinet membincangkan isu 1MDB serta bagaimana beliau tahu apa dibincangkan itu diklasifikasikan sebagai maklumat.

Tan Sri Pandikar Amin Mulia Bersikap Pelik.  “Ada sesiapa beritahu beliau mengenai perkara itu? Jika begitu, speaker Dewan Rakyat perlu membuat laporan polis terhadap orang itu,” katanya kepada FMT.

Beliau berkata demikian susulan polis memulakan siasatan terhadap bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, bekas menteri kewangan kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dan bekas menteri pembangunan luar bandar dan wilayah Datuk Seri Shafie Apdal kerana didakwa mendedahkan rahsia negara.

“Saya melihat logik speaker. Bagaimana dia tahu apa yang dicakapkan oleh 3 bekas menteri itu pernah dibincangkan dalam Kabinet dan ia diklasifikasikan sebagai maklumat?,” soalnya.


Tan Sri Pandikar Amin Mulia Bersikap Pelik


Pandikar mengadakan sidang media pada 27 Oktober di mana beliau berkata 3 bekas menteri itu mungkin melanggar sumpah kerahsiaan mereka apabila membangkitkan isu 1MDB ketika membahaskan Bajet 2017 di Dewan Rakyat.

Beberapa undang-undang seperti Akta Rahsia Rasmi dan Akta Hasutan, boleh digunakan terhadap ahli Parlimen, katanya.

Susulan itu, Jaringan Melayu Malaysia (JMM) dan Sahabat N87 Wilayah Persekutuan membuat laporan polis terhadap 3 bekas menteri itu kerana mendedahkan rahsia kerajaan.

Abu Talib, yang bersara pada 1993 berkata agak luar biasa untuk Pandikar begitu terbuka mengenai perkara itu kerana speaker mengendalikan prosiding dalam Dewan tertakluk kepada peraturan prosedur.

Bekas hakim mahkamah rayuan Datuk Mohamad Ariff Md Yusof berkata Pandikar tidak sepatutnya memberikan pandangannya mengenai undang-undang di luar Dewan Rakyat kerana beliau hanya boleh membangkitkan perkara itu dengan merujuknya menerusi Peraturan Mesyuarat.

“Dia boleh membangkitkannya ketika perkara itu sedang dibincangkan dengan merujuk kepada Peraturan Mesyuarat jadi mereka yang berkenaan boleh menjustifikasikan tindakan mereka. Untuk komen mengenainya selepas itu prejudis terhadap pihak berkenaan dan tidak wajar,” katanya kepada Malaysiakini.

Dalam laporan berasingan, Malaysiakini berkata Haniff Khatri, peguam kepada bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, mendakwa Pandikar mencetuskan supaya laporan polis dibuat terhadap bekas menteri berkenaan.

Tan Sri Pandikar Amin Mulia Bersikap Pelik


Haniff berkata oleh sebab Pandikar membuat kenyataannya itu di luar Dewan Rakyat, beliau tidak dapat perlindungan Parlimen.

Beliau juga mendakwa kenyataan Pandikar hingga laporan polis dibuat itu ialah “tindakan yang memudaratkan demokrasi berparlimen”.

“Ini kerana beliau cuba menghalang ahli Parlimen menjalankan tugas mereka membahas dan membincangkan isu relevan di Parlimen, selari dengan Perlembagaan Persekutuan,” kata Haniff kepada Malaysiakini.

Sementara itu, Abu Talib berkata polis perlu melengkapkan siasatan mereka terhadap perkara itu kerana laporan sudah dibuat.

Tan Sri Pandikar Amin Mulia Bersikap Pelik.  “Polis terikat dengan tugas untuk menyiasat jika wujud perlakuan jenayah. Terserah kepada pihak pendakwa raya untuk buat keputusan dan merangka pertuduhan berdasarkan bukti kukuh sebelum dibawa ke mahkamah,” katanya.

Polis menangguhkan untuk merakamkan keterangan Husni ke minggu depan sementara Muhyiddin juga akan disoal siasat minggu depan. - FMT



Iklan
Image
Image
Image
Image
Image




1 comment:

  1. 1) Mereka membahaskan di parliment. Apasalahnya?
    2) Jika mereka membahaskan di luar parliment mesti diingat ketika itu mereka2 itu bukan lagi anggota kabinet kerajaan.

    Jadi speaker jgn jg bt penghalang dan dalan utk menghalang dpd perkara itu dibahas sbb iya melibatkan pembiayaan kewangan negara dr duit rakyat.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...