Friday, 11 November 2016

Tamparan Hebat Buat Jamal Yunos

Tamparan Hebat Buat Jamal Yunos. Parti Warisan Sabah hari ini menyerahkan usul melarang Datuk Jamal Yunos memasuki negerinya kepada Setiausaha Dewan Undangan Negeri Sabah Bernard Dalinting.

Menurut Daily Express, usul Terence Siambun (Warisan-Moyog) menggesa Kerajaan Negeri supaya menyenaraihitamkan Ketua Umno Bahagian Sungai Besar itu dan melarangnya daripada memasuki Sabah.

Tamparan Hebat Buat Jamal Yunos. “Usul perlu dibenarkan Speaker Syed Abas Syed Ali dan kemudian dibahaskan. Gerakan Baju Merah rasis,” katanya menurut laporan itu.

Tambahnya, usul itu bertujuan menjaga keamanan negerinya. Menurut beliau, rakyat Sabah tidak suka melihat tingkah laku seperti samseng oleh Jamal dan kumpulannya.

Beliau menyeru Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman tidak gentar dengan jawatan Jamal dalam Umno.

Tamparan Hebat Buat Jamal Yunos


“Musa perlu bersama rakyat,” kata Siambun. “Gerakan Baju Merah tidak boleh dibenarkan masuk dan membahayakan ketenteraman awam di Sabah.”

Siambun, yang keluar daripada PKR baru-baru ini, memberi contoh Gerakan Baju Merah menakut-nakutkan masyarakat Cina yang menyokong Bersih 2.0.

Katanya tindakan mereka jelas menunjukkan gerakan itu melanggar undang-undang.


Tamparan Hebat Buat Jamal Yunos


Tegasnya pihak berkuasa tidak boleh melayan rakyat Sabah sepertimana layanan yang diterima rakyat di Tanah Melayu.

“Gerakan Baju Merah tidak berjuang untuk Sabah atau rakyat Malaysia,” katanya menurut laporan itu. - fmt



Iklan
Image
Image
Image
Image
Image




1 comment:

  1. Bagi dia masuk Sabah...Brother Sabah yg cabar dia tunggu tu...

    Atau suruh Abu Sayab sembelih dia.....tengok Siapa yg bayar wang tebusan..

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...