Monday, 28 November 2016

Suu Kyi Lawat Singapura Khamis Ini

Suu Kyi Lawat Singapura Khamis Ini. Pemimpin Myanmar Aung San Suu Kyi akan berkunjung ke Singapura pada Khamis atas jemputan Perdana Menteri Lee Hsien Loong, lapor agensi berita China, Xinhua semalam.

Lawatan itu di sebalik kritikan antarabangsa yang semakin meningkat terhadap ikon demokrasi itu yang dilihat tidak bertindak terhadap serangan ke atas penduduk Rohingya di negara itu.

Suu Kyi Lawat Singapura Khamis Ini.  Pemegang Hadiah Keamanan Nobel itu turut berdepan desakan ditarik balik anugerah itu.

Lee merupakan pemimpin Asia pertama melawat Myanmar selepas parti Liga Demokrasi Negara pimpinan Suu Kyi pada pilihan raya mengambil alih pentadbiran Myanmar pada April.

Singapura merupakan pelabur kedua terbesar di Myanmar selepas China, dengan nilai pelaburan hampir AS$16 bilion setakat Oktober.

Dalam kejadian terkini di wilayah Rakhine, ratusan orang dilaporkan terbunuh manakala lebih 300,000 penduduk Rohingya melarikan diri, iaitu yang terburuk sejak 2012 ketika serangan besar-besaran ke atas penduduk Rohingya yang dinafikan hak kewarganegaraan oleh Yangon.

Suu Kyi Lawat Singapura Khamis Ini


Pertubuhan Human Rights Watch melaporkan gambar satelit menunjukkan perkampungan Rohingya turut dibakar.

Baru-baru ini, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang membidas Suu Kyi kerana berdiam diri terhadap kekejaman ke atas Rohingya.

Suu Kyi Lawat Singapura Khamis Ini.  “Kegagalan Suu Kyi untuk bersuara bagi pihak etnik Rohingnya yang teraniaya adalah keaiban dan penghinaan kepada hadiah Nobel yang telah dianugerahkan kepada beliau,” katanya. - fmt



Iklan
Image
Image
Image
Image
Image




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...