Saturday, 12 November 2016

Skandal 1MDB : Mala Petaka Bermula Menimpa Najib?

Mahkamah di republik ini menjatuhkan hukuman penjara 18 minggu ke atas bekas pegawai bank yang mengendalikan akaun bank BSI yang ada kaitan dengan 1MDB – atas kesalahan pemalsuan dan gagal mendedahkan transaksi mencurigakan.

Yak Yew Chee sebelum ini naib presiden kanan di BSI Singapura, juga pegawai bank persendirian kepada ahli perniagaan Malaysia, Low Taek Jho yang digambarkan oleh pihak berkuasa Singapura sebagai individu utama dalam siasatan aktiviti pengubahan wang haram berkaitan 1MDB.

Skandal 1MDB : Mala Petaka Bermula Menimpa Najib? Diilhamkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mempengerusikan lembaga penasihatnya, 1MDB kini tertakluk kepada beberapa siasatan pengubahan wang haram di sekurang-kurangnya 6 negara termasuk Switzerland, Singapura dan Amerika Syarikat.

Najib menafikan semua tuduhan salah laku dan berkata Malaysia akan bekerjasama dengan semua siasatan antarabangsa.

Yak mengaku bersalah atas 4 daripada 7 pertuduhan yang dikenakan terhadapnya di mahkamah. Dia juga didenda AS$17,000.

Skandal 1MDB : Mala Petaka Bermula Menimpa Najib?


Dua pertuduhan berkaitan dengan pemalsuan surat rujukan catatan untuk keluarga Low dan 2 lagi kerana tidak mendedahkan sejumlah besar wang – yang didakwa hasil perbuatan jenayah – memasuki menerusi bank BSI di Singapura.

Yak kini dijangka membantu siasatan pengubahan wang haram 1MDB yang masih dijalankan.

Pada awal tahun ini, Singapura menutup bank BSI dan Falcon Private Bank dalam siasatan besar-besaran terhadap kegiatan pengubahan wang haram yang berkait dengan 1MDB.

Skandal 1MDB : Mala Petaka Bermula Menimpa Najib?


Pada Mei, bank pusat Singapura merujuk Yak sebagai salah seorang daripada 6 kakitangan pengurusan kanan bank BSI kepada pihak pendakwa raya untuk menilai jika mereka ada melakukan kesalahan jenayah, pada masa sama siasatan pengubahan wang haram sedang dijalankan.

Skandal 1MDB : Mala Petaka Bermula Menimpa Najib? Yak memperoleh S$27 juta sepanjang 4 tahun bekerja di BSI, termasuk bonus besar, menurut dokumen mahkamah. - fmt


Iklan
Image
Image
Image
Image
Image




1 comment:

  1. terbaik.. dah banyak sangat salah laku dan menyusahkan rakyat najib nie..

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...