Sunday, 13 November 2016

Skandal 1MDB : Jho Low Ghaib

Skandal 1MDB : Jho Low Ghaib. Kedudukan hartawan kelahiran Pulau Pinang Low Taek Jho - atau lebih dikenali sebagai Jho Low - terus menjadi tanda tanya ketika sebuah lagi negara menyatakan minat mereka untuk menyoalnya berhubung skandal 1MDB.

Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4) berkata ketika memberi keterangan di mahkamah Singapura, Jabatan Hal Ehwal Komersial (CAD) negara itu menyatakan Jho Low adalah "orang berkepentingan" dalam siasatan mereka.

Skandal 1MDB : Jho Low Ghaib. "Bagaimanapun setakat ini Jho Low masih belum ditangkap pihak berkuasa tempatan atau polis antarabangsa," kata Pengarah Eksekutif C4 Cynthia Gabriel dan pegawai programnya Tarmizi Anuwar.

Mereka turut mempersoalkan sama ada polis Malaysia sudah meminta bantuan Interpol untuk menangkap Jho Low.

"Jika tiada usaha sedemikian oleh polis Malaysia, ia akan kelihatan seolah-olah mereka melindungi Jho Low daripada undang-undang," kata mereka dalam satu kenyataan bersama.

Skandal 1MDB : Jho Low Ghaib


Jho Low turut dinamakan dalam saman sivil Jabatan Kehakiman (DOJ) AS dalam usaha mereka mendapatkan kembali aset didakwa diperolehi melalui penyalahgunaan dana 1MDB.

Khamis lalu pegawai penyiasat CAD Singapura menyatakan minat kepada Jho Low ketika memberi keterangan dalam perbicaraan seorang pegawai bank, Yeo Jia Wei, yang dituduh terlibat dalam aktiviti membantu menyalurkan dana 1MDB.

Kata saksi itu CAD juga berminat berhubung dengan sekutu Jho Low, Eric Tan Kim Loong dan Mohamed Ahmed Badawy Al Husseiny, bekas ketua pegawai eksekutif Aabar Investments PJS.

Mohamed Ahmed sudah ditangkap pihak berkuasa Abu Dhabi sebagai sebahagian daripada siasatan ke atas 1MDB yang terlibat dengan syarikat negara itu, International Petroleum Investment Company.

Skandal 1MDB : Jho Low Ghaib


Kata C4, di sebalik perkembangan siasatan di Abu Dhabi, AS, Singapura dan Switzerland, kes 1MDB di negara ini kelihatan tidak menunjukkan sebarang perkembangan.

Pertubuhan itu juga menyatakan penolakan kerajaan terhadap permohonan bantuan perundangan bersama (MLA) daripada Switzerland untuk membantu siasatan mereka.

"Tidak ada sebab untuk Peguam Negara Malaysia menolak MLA dari Swtizerland atas alasan polis negara ini masih menyiasat 1MDB ketika tiada tindakan konkrit diambil setakat ini," katanya.

Skandal 1MDB : Jho Low Ghaib. C4 juga menggesa supaya laporan Ketua Audit Negara berhubung 1MDB didedahkan kepada umum. - mk


Iklan
Image
Image
Image
Image
Image




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...