Friday, 18 November 2016

Sidang Media Datuk Adam Rosly Makin Timbul Persoalan

Sidang Media Datuk Adam Rosly Makin Timbul Persoalan. Walaupun bertegas tidak mendapat sebarang projek daripada kerajaan Selangor, Ketua Pemuda PKR Ampang Datuk Adam Rosly masih berdolak-dalik berhubung kekayaannya.

Beliau pada mulanya mengecam pihak yang menyebarkan gambar rumah dan sejumlah kenderaan daripada akaun Instagram peribadi dan berkata setiap perkara yang dimuat naik tidak semesti miliknya.

Sidang Media Datuk Adam Rosly Makin Timbul Persoalan. Namun ketika ditanya kenyataannya berhubung gambar sebuah rumah 2 tingkat di Putrajaya dan ruangan komen yang menggambarkan ia miliknya, beliau menggesa mana-mana pihak membuktikannya.

“(Kata-kata) ‘ini rumah ke-2’ tidak menunjukkan itu rumah saya. Kena buktikanlah, ada pinjaman ke tak, atau boleh ke Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN),” katanya dalam sidang media di pejabat PKR Parlimen Ampang hari ini.

Ketika diminta wartawan untuk menjawab “ya” atau “tidak” rumah itu miliknya, beliau hanya berkata “terserah kepada media untuk membuat penilaian”.

“Kena beri bukti. Rakyat perlu sedar mereka sudah menyebarkan fitnah tanpa mengira ia betul atau tidak,” katanya lagi.

Sidang Media Datuk Adam Rosly Makin Timbul Persoalan


Selain banglo bernilai RM1 juta di Ampang itu, The Star pada 16 November lalu mendakwa beliau turut memiliki rumah 2 tingkat di Putrajaya, kereta Mercedez Benz, Range Rover dan motosikal berkuasa tinggi KTM 200 Duke, berdasarkan gambar-gambar di Instagramnya.

Ketika ditanya berhubung gambar beberapa kereta mewah itu, beliau menjawab tidak menjadi kesalahan untuknya memiliki kereta tersebut.

“Anda menyoal saya seolah-olah saya ini perdana menteri,” katanya lagi.

Beliau berkata, jika terbukti segala kekayaan itu diperoleh melalui politik, beliau akan meletak jawatan sebagai ketua Pemuda PKR Ampang dalam masa 24 jam.

Berhubung gelaran “Datuk” dari Pahang yang diperoleh dalam usia semuda 28 tahun, beliau hanya berkata ia kerana “sumbangan dalam beberapa projek” di negeri itu.

Sidang Media Datuk Adam Rosly Makin Timbul Persoalan


Kontroversi ini bermula selepas Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos membawa sekumpulan wartawan menaiki helikopter ke Ampang bagi meninjau kekayaannya termasuk banglo dan pelbagai kereta mewah, walaupun baru sepenggal memegang jawatan dalam PKR.

Adam berkata, beliau berusaha bertungkus-lumus membina perniagaannya dari bawah.

“Semasa kecil saya dibesarkan oleh nenek angkat dan agak susah. Oleh itu, saya sudah mula berniaga sejak kecil seperti menjual air, mangga dan nasi lemak di sekolah.

Sidang Media Datuk Adam Rosly Makin Timbul Persoalan. “Kemudian dengan wang yang tidak seberapa, saya memulakan perniagaan secara kecil-kecilan. Sehinggalah saya mampu memiliki kereta proton Perdana pada usia 19 tahun,” katanya lagi. - fmt



Iklan
Image
Image
Image
Image
Image




2 comments:

  1. emmmm apa beza statement menabung dari kecik sebab nak beli cincin harga juta juta....

    ReplyDelete
  2. YBhg Datuk Adam pon ada tabung buloh sejak kecil .. sifat terpuji yg mesti menjadi tauladan. Serupa ngan YBhg Datin Seri Rosmah laa.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...