Tuesday, 15 November 2016

Shafie Apdal - Parti Warisan Sabah Tidak Sertai Pakatan Harapan

Shafie Apdal - Parti Warisan Sabah Tidak Sertai Pakatan Harapan. Parti Warisan Sabah (Warisan) tidak akan bergabung dengan blok pembangkang dari Semenanjung, kata presidennya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Bagaimanapun, katanya, partinya akan memberikan sokongan kepada Pakatan Harapan yang terdiri daripada DAP, PKR dan Parti Amanah Negara (Amanah) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

Warisan lebih memberikan tumpuan di Sabah dengan mengadakan kerjasama dengan beberapa parti pembangkang di negeri itu, katanya kepada pemberita di ruang legar Parlimen hari ini.

Shafie Apdal - Parti Warisan Sabah Tidak Sertai Pakatan Harapan


Mengulas mengenai ketidakhadirannya pada Konvensyen Pakatan Harapan pada Sabtu lepas, Shafie, yang juga Anggota Parlimen Semporna, berkata beliau sedang melakukan jelajah di kawasan Kudat, Sabah, pada hari tersebut. - fmt


Iklan
Image
Image
Image
Image
Image




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...