Tuesday, 22 November 2016

Salleh Man Masih Ahli PAS?

Salleh Man Masih Ahli PAS? Status keahlian parti Adun Permatang Pasir, Datuk Mohd Salleh Man terus dipersoal sama ada beliau masih bersama Pas ataupun telah berhijrah ke parti lain.

Perkara itu dibangkitkan Datuk Muhammad Farid Saad (BN-Pulau Betong) apabila melihat hubungan Mohd Salleh dengan kerajaan negeri Pakatan Harapan begitu akrab.

Menurutnya, tindakan Mohd Salleh itu bertentangan dengan pendirian Pas Pusat yang menolak sebarang kerjasama dengan DAP.

Salleh Man Masih Ahli PAS?  "Kita minta YB (Yang Berhormat) Permatang Pasir (Mohd Salleh) perjelas kedudukan beliau, sama ada masih dengan Pas atau sudah pun masuk Parti Amanah Negara (Amanah)," katanya ketika mencelas sesi perbahasan Bajet Pulau Pinang 2017 di sini, hari ini.

Terdahulu, Datuk Omar Abdul Hamid (BN-Permatang Berangan) ketika membahaskan ucapan Bajet Pulau Pinang 2017 mempersoal sama ada kerajaan negeri akan meneruskan konsep negeri berkebajikan seperti dilaungkan Pas.

Salleh Man Masih Ahli PAS? 


Mohd Salleh ketika bangun menjawab soalan berkenaan tidak menyatakan sebarang pendirian sama ada masih bersama Pas atau sudah menyertai Amanah.

Salleh Man Masih Ahli PAS?  Namun beliau hanya menegaskan konsep negeri berkebajikan itu adalah slogan ditetapkan Pas Pusat dan  bukan Kerajaan Pulau Pinang. - sinar




Iklan
Image
Image
Image
Image
Image




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...