Wednesday, 23 November 2016

Rupanya Cerita Sensasi Ini Satu Pembohongan

Rupanya Cerita Sensasi Ini Satu Pembohongan. “Ini berita palsu," demikian tegas Pesuruhjaya Pas Pahang, Rosli Abdul Jabbar ketika ditanya mengenai dakwaan bahawa Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man bakal keluar daripada parti itu berikutan isu dana RM90 juta dialirkan kepada pemimpin tinggi parti tersebut.

Menurutnya, dakwaan sedemikian adalah untuk mewujudkan persepsi buruk terhadap Tuan Ibrahim.

Rupanya Cerita Sensasi Ini Satu Pembohongan. “Bagi saya, ini adalah pembohongan semata-mata dan ia sangat tidak masuk akal. Kami baru sahaja bersama dalam retreat Pas Pusat dalam merangka strategi PRU14. Jadi hentikan sebar berita palsu seperti ini,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Beliau berkata, Pas menerusi Tuan Ibrahim berulang kali menafikan penerimaan wang tersebut.

Pada 6 Ogos lalu, Sarawak Report menerbitkan artikel yang mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merayu Pas agar menjauhi gabungan pembangkang, dengan menyatakan RM90 juta dialirkan kepada pemimpin tertinggi parti itu selama beberapa bulan bagi tujuan tersebut.


Rupanya Cerita Sensasi Ini Satu Pembohongan


Sarawak Report yang berpangkalan di London dikendalikan oleh Claire Rewcasatle-Brown, yang didakwa Najib adalah sebahagian daripada konspirator untuk menggulingkan beliau daripada kuasa.

Bagaimanapun, pada 8 Ogos lalu, Tuan Ibrahim mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap Sarawak Report kerana mendakwa berita itu palsu dan berniat jahat, selain agenda untuk terus mengaitkannya dengan Umno.

“Tidak pasti apa matlamat fitnah laporan Sarawak Report ini, selain hendak mengaitkan Pas dengan Umno.

Rupanya Cerita Sensasi Ini Satu Pembohongan


“Apa pun, Pas akan mengambil tindakan undang-undang terhadap laporan tersebut yang jelas mempunyai niat jahat dan mencemarkan nama baik parti serta dasar Islam yang sememangnya menjadi teras kepada perjuangan Pas,” katanya. - sinar



Iklan
Image
Image
Image
Image
Image




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...