Wednesday, 30 November 2016

Rahsia Zahid Hamidi Dan Jamal Yunos Terbongkar?

Rahsia Zahid Hamidi Dan Jamal Yunos Terbongkar? Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengakui mempunyai hubungan baik dengan pemimpin Gerakan Baju Merah, Datuk Seri Jamal Yunos, tetapi berkata ia dalam konteks keahlian mereka dalam Umno.

“Hubungan saya dengannya memang baik. Beliau adalah ketua bahagian Umno Sungai Besar, jadi hubungan kami lebih di dalam Umno,” kata naib presiden Umno itu dalam wawancara bersama FMT.

Rahsia Zahid Hamidi Dan Jamal Yunos Terbongkar? Zahid bagaimanapun berkata hubungan itu tidak bermakna Umno setuju dengan tindak tanduk Jamal.

“Saya ingin ulang, (Gerakan Baju Merah) adalah sebuah NGO yang tiada kaitan dengan Umno. Jika beliau langgar undang-undang, mestilah sedia menerima padahnya,” kata timbalan perdana menteri itu.

Jamal dan penyokongnya baru-baru ini terlibat dalam beberapa insiden termasuk tindakan mengasari penyokong Bersih 2.0.

Rahsia Zahid Hamidi Dan Jamal Yunos Terbongkar?


Sebelum ini, Ketua Puteri Umno Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata Jamal menerusi kempennya menghalang kempen menuju perhimpunan Bersih 5 memburukkan imej parti itu.

Ogos lalu, Zahid menolak tanggapan Jamal sebagai bersifat perkauman, sebaliknya menyifatkannya sebagai seorang yang suka menghulurkan bantuan tanpa mengira latar belakang. - fmt




Iklan
Image
Image
Image
Image
Image





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...