Tuesday, 22 November 2016

Puskas Fifa 2016: Gol Faiz Subri Sebaris Messi, Neymar

Puskas Fifa 2016: Gol Faiz Subri Sebaris Messi, Neymar. Masih ingat kepada nama Mohd Faiz Subri dan 'keajaiban' tendangan percumanya menerobos gawang lawan?

Kini pemain Pulau Pinang itu mencipta sejarah tersendiri apabila dicalonkan untuk anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa).

Bersama sembilan pemain lain, Faiz dicalonkan sebaris dengan bintang bola sepak Barcelona Lionel Messi dan Neymar.

Puskas Fifa 2016: Gol Faiz Subri Sebaris Messi, Neymar. Fifa dalam kenyataan hari ini mengumumkan, undian untuk mencari pemenang Puskas Fifa 2016 dibuka hari ini sebelum pengundian ditutup kepada peminat bola sepak seluruh dunia pada 2 Desember depan.

"Tiga calon yang menerima undian terbanyak akan diumumkan selepas itu sebelum pengguna FIFA.com sekali lagi membuat undian terhadap tiga calon berkenaan. 

"Pemenang akan diumumkan pada majlis Anugerah Bola Sepak Terbaik Fifa pada 9 Januari 2017 di Zurich," kata kenyataan itu.

Anugerah tersebut merupakan satu pengiktirafan badan induk bola sepak dunia itu kepada pemain yang mencipta gol cantik pada setiap tahun sejak diperkenalkan pada 2009.

Puskas Fifa 2016: Gol Faiz Subri Sebaris Messi, Neymar


Pada 13 Februari lalu, Faiz membuat kejutan melalui tendangan unik yang menghasilkan gol ketika menbantu pasukannya menewaskan Pahang 4-1 dalam saingan Liga Super 2016.

Aksi di Stadium Bandaraya di George Town Pulau Pinang itu, pemain 29 tahun itu mengambil sepakan percuma tersebut pada minit ke-62 di posisi kiri luar petak penalti lawan.

Awalnya, bola sepakannya kelihatan melayang ke arah kanan gawang Pahang dan penjaga gol kelihatan bersedia untuk membuat tampanan.

Bagaimanapun ketika bola masih agak tinggi di udara bola itu tiba-tiba menukar haluan ke kiri pintu gol dan menerjah gawang.

Puskas Fifa 2016: Gol Faiz Subri Sebaris Messi, Neymar


Gol menarik dijaringkan Faiz itu dikatakan setaraf dengan gaya Roberto Carlos, David Beckham dan Cristiano Ronaldo.

Puskas Fifa 2016: Gol Faiz Subri Sebaris Messi, Neymar. Sementara itu, pesaing Faiz bagi anugerah itu turut membarisi pemain dari Sepanyol Mario Gaspar, Hlompho Kekana (Afrika Selatan), Marlone (Brazil), Saul Niguez (Sepanyol), Hal Robson-Kanu (Wales), Daniuska Rodriguez (Venezuela) dan Simon Skrabb (Finland). - mk




Iklan
Image
Image
Image
Image
Image




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...