Wednesday, 9 November 2016

PU Faiz Didakwa Di Mahkamah

PU Faiz Didakwa Di Mahkamah. Bekas naib juara program Pencetus Ummah (PU) musim kedua, Ahmad Faiz Faizuddin Rosli atau lebih dikenali sebagai PU Faiz, didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas tuduhan menyebabkan kecederaan terhadap seorang penceramah wanita di sekolah tahfiz di Kota Damansara, dua bulan lalu.

Bagaimanapun, tertuduh, PU Faiz, 27, mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Datin Fadzlin Suraya Mohd Suah.

PU Faiz Didakwa Di Mahkamah. Mengikut pertuduhan, dia didakwa mendatangkan kecederaan terhadap Nurul Intan Sakinah, 29, atas sebab kemarahan.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di pondok Rumi Sufi Jawi, Nombor 14-3, Tingkat 2, Seksyen 8/4, Seksyen 8, Kota Damansara, jam 2.30 petangpada 26 September lalu.

PU Faiz Didakwa Di Mahkamah


Dakwaan kes dilakukan mengikut Seksyen 335 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum empat tahun atau denda maksimum RM4,000 atau kedua- duanya, jika disabit kesalahan.

PU Faiz Didakwa Di Mahkamah. Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 7 Disember ini sebagai sebutan semula kes. - metro


Iklan
Image
Image
Image
Image
Image




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...