Wednesday, 23 November 2016

Piala AFF Suzuki 2016: Mufti Perlis Desak Malaysia Tarik Diri

Piala AFF Suzuki 2016: Mufti Perlis Desak Malaysia Tarik Diri. Mufti Perlis menggesa Harimau Malaysia menarik diri daripada perlawanan Piala AFF Suzuki 2016 yang sedang berlangsung di Myanmar atas dasar prihatin dan solidariti terhadap penduduk Rohingya.

Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, tindakan menarik diri daripada sukan berprestij itu perlu bagi mencerminkan pendirian Malaysia, negara yang majoriti rakyatnya beragama Islam, membantah kekejaman ke atas etnik itu.

Piala AFF Suzuki 2016: Mufti Perlis Desak Malaysia Tarik Diri. Mohd Asri berkata, segala bentuk kekejaman atau jenayah penindasan manusia harus dibantah dan kerajaan diminta mengambil kira hal ini daripada sudut kemanusiaan melebihi semangat kesukanan.

“Apalah ertinya sukan tanpa kemanusiaan. Kezaliman dahsyat terhadap golongan etnik beragama Islam di Myanmar sedang berlaku.

“Wanita, kanak-kanak dan orang awam dibunuh, dirogol, dibakar hidup-hidup oleh kuasa pemerintah negara berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Piala AFF Suzuki 2016: Mufti Perlis Desak Malaysia Tarik Diri


Media melaporkan beribu-ribu penduduk Rohingya di Myanmar meninggalkan kampung halaman mereka bagi mengelak menjadi mangsa kekejaman yang didakwa melibatkan tentera negara itu. - fmt




Iklan
Image
Image
Image
Image
Image




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...