Monday, 28 November 2016

Petanda PRU14 Makin Hampir

Petanda PRU14 Makin Hampir. Polis hari ini memanggil beberapa wakil rakyat dan pemimpin parti pembangkang untuk membantu siasatan berhubung perhimpunan Bersih 5 yang diadakan lebih seminggu lalu, lapor Oriental Daily.

Mereka ialah Adun Seri Andalas, Dr Xavier Jayakumar; Adun Sekinchan, Ng Suee Lim; bekas Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah dan Ketua Pemuda PKR Selangor, Afzainizam Rahman.

Mereka dipanggil polis pagi ini mengikut Akta Hasutan 1948 dan Akta Perhimpunan Aman 2012.

Sekurang-kurangnya 23 individu ditahan polis sebelum, ketika dan selepas perhimpunan Bersih 5 pada 19 November lalu, termasuk wakil rakyat pembangkang, aktivis serta ketua gerakan Baju Merah, Datuk Seri Jamal Yunos.

Petanda PRU14 Makin Hampir


Semua sudah dibebaskan selepas ditahan 2 hingga 4 hari, kecuali Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah yang masih ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 atau Sosma. - fmt



Iklan
Image
Image
Image
Image
Image




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...