Saturday, 26 November 2016

Petanda Pemuda PAS Pusat Hendak Bergabung Dengan Umno?

Petanda Pemuda PAS Pusat Hendak Bergabung Dengan Umno? Dr Mujahid Yusuf menuntut Pemuda PAS menarik balik kenyataan yang mendakwa tesis doktor falsafah (PhD) pemimpin Parti Amanah Negara (AMANAH) itu mencadangkan kerjasama Umno-PAS.

Menurut Mujahid lagi, kajian beliau bertajuk “Konflik organisasi dalam parti Islam dan kesannya terhadap perubahan organisasi: Kajian Parti Islam Se-Malaysia di Melaka” sebaliknya berkaitan konflik dalaman.

Petanda Pemuda PAS Pusat Hendak Bergabung Dengan Umno?  “(Tuduhan) itu tak betul sebab saya buat tesis tentang konflik, tidak ada kena mengena dengan kerjasama Umno-PAS.

“Yang ada ialah kajian konflik dalaman. (Ini) kenyataan yang tidak berasas. Mereka perlu tarik balik,” katanya melalui Whatsapp ketika menjawab soalan Malaysiakini.

Pagi tadi, Pemuda PAS menyerang Mujahid, bekas pemimpinnya yang menyertai parti serpihan mereka, dalam isu kerjasama dengan BN.

Petanda Pemuda PAS Pusat Hendak Bergabung Dengan Umno? 


Menulis di Facebook, dewan itu mendakwa Mujahid dalam tesisnya di Universiti Malaya (UM) pernah mencadangkan PAS bekerjasama dengan Umno dan BN.

Anak bekas presiden PAS Datuk Yusuf Rawa itu juga didakwa dikatakan mencadangkan perundingan antara kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan agar syariat Islam terlaksana.

“Namun, lain yang ditulis dalam tesis, lain pula yang diamalkan dalam politik,” menurut status di media sosial itu.

Petanda Pemuda PAS Pusat Hendak Bergabung Dengan Umno? 


Badan itu turut memuatkan pautan kepada maklumat tesis Mujahid itu di laman web tesis dan disertasi UM yang dibuat pada 2007.


Iklan
Image
Image
Image
Image
Image




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...